Maksud disebalik Yoroshiku Onegaishimasu

Yoroshiku Onegaishimasu merupakan perkataan dalam bahasa Jepun yang sering diucapkan. Untuk mengetahui cara penggunaan, adalah baik untuk kita memahami dan menghayati maksud sebenar disebalik perkataan tersebut.

Jom bedah maksud!

Maksud Setiap Perkataan

Maksud perkataan よろしくおねがいします (yoroshiku onegaimshimasu) sebenarnya tidak wujud dalam bahasa Melayu dan agak sukar untuk diterjemahkan terus.

Untuk memahami maksudnya, jom kita pecahkan perkataan よろしくおねがいします (yoroshiku onegaimshimasu) satu-satu.

Kanji kepada よろしくおねがいします (yoroshiku onegaimshimasu) ialah,

宜しくお願いします

Jika dipecahkan, ia terdiri daripada perkataan:

1) 宜しく (yoroshiku)

2) 願い (negai) – dalam お願いします (onegaishimasu).

宜しく (yoroshiku) berasal daripada kata dasar adjektif 宜しい (yoroshii) yang bermaksud ‘baik’, ‘bagus’, sinonim dengan perkataan 良い (yoi). Tapi 宜しい lebih sopan lagi.

願い (negai) merupakan kata nama yang membawa maksud harapan, keinginan, pertolongan, permintaan.

願いする (negai suru) pula ialah kata kerja yang bermaksud meminta pertolongan, berharap, menginginkan, meminta. Apabila ia dalam bahasa formal, する (suru) akan bertukar menjadi します (shimasu).

Oleh itu, 願いする (negai suru) ➡ 願いします (negai shimasu) – formal.

Penambahan お (O) dalam 願いします (Onegaishimasu) adalah untuk menjadikan perkataan 願い (negai) itu sopan dan menghormati. Sebenarnya お (O) mempunyai kanji tersendiri iaitu ‘御’.

Mengapa 宜しい (yoroshii) bertukar menjadi 宜しく (yoroshiku)? Ia berlaku kerana kata adjektif 宜しい (yoroshii) bertukar menjadi kata adverbia (adverb) untuk memberi sifat kepada kata kerja ‘願いする’ (negai suru). Saya akan ceritakan pasal kata adverbia pada nota yang lain, okay!

Apabila 宜しく(yorshiku) digabungkan dengan 願いする (negai suru), ia akan membawa makna, ‘seseorang meminta pertolongan/berharap secara baik terhadap sesuatu’.

Oleh itu, secara literalnya 宜しくお願いします (yoroshiku onegaishimasu) bermaksud

  • Tolonglah saya secara baik (please do me a good favour)
  • Saya mengharapkan yang baik-baik daripada kamu

Cara Penggunaan

よろしくおねがいします (yoroshiku onegaimshimasu) boleh digunakan untuk pelbagai situasi dan maksudnya dalam bahasa Melayu akan berubah-ubah mengikut keadaan. Antara situasi yang korang boleh guna ayat ini ialah semasa:

Berkenalan

Contoh:

リカです。よろしくおねがいします。

Saya Rika. Sila tunjuk ajar

Bila kita nak sampaikan salam kepada orang lain

Contoh:

ホシさんによろしくね。

Kirim salam dekat Hoshi ye

Semasa ingin bekerja atau berkerjasama dengan seseorang (contoh: rakan sekerja)

Contoh:

今年(ことし)もよろしくお(ねが)いします

Saya berharapkan yang baik-baik (dari awak) untuk tahun ini juga
BM literal: Mohon tunjuk ajar, untuk tahun ini juga

Perkataan ini juga mungkin korang biasa dengar bila tengok drama atau anime Jepun. Ia sering diucapkan bila seseorang menerima ajakan untuk menjadi pasangan.

Contoh:

たき: ()()ってほしいです

Taki: Saya nak berpasangan dengan awak / saya nak menjadi kekasih awak

みつは: はい。これからもよろしくおねがいします

Mitsuha: Baiklah. Mulai sekarang saya berharap yang baik-baik (dari awak, dalam hubungan ini)

Ia sebagai tanda bahawa orang itu bersedia untuk berkerjasama dalam hubungan dan mengharapkan yang baik-baik daripada pasangannya.

Minta pertolongan (sebagai tanda terima kasih awal-awal)

Contoh 1:

この文書(ぶんしょ)(なに)(ちが)うところがあったら(おし)えてください!(よろ)しくお(ねが)いします

Kalau ada apa-apa salah dalam ayat ini, tolong ajar saya. Terima kasih!

Contoh 2:

(むすめ)をよろしくお(ねが)いします。

Terima kasih sebab nak tolong jagakan anak saya

Itu sahaja perkongsian kali ini! Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *