Saya Rindukan Awak dalam Bahasa Jepun

Sebenarnya, ‘rindu’ ialah perkataan yang tidak dapat diterjemah dengan tepat ke dalam bahasa Jepun. Jadi macam mana orang Jepun meluahkan rasa rindu? Ada tiga perkataan yang boleh digunakan:

1. ()いたい (Aitai)

()いたい secara literal bermaksud, ‘nak jumpa’. Berasal daripada perkataan ()う (au), jumpa. Jom baca bagaimana perkataan ini digunakan;

Contoh 1

ゆきちゃんに()いたいな

Yuki chan ni aitai na

Lit. Nak jumpa Yuki
BM: Rindu Yuki

Tatabahasa:
な (na) di akhir ayat: menunjukkan yang speaker sedang bermonolog

Contoh 2

()いたくなっちゃった

Aitakunacchatta

Lit. Terasa nak jumpa dah
BM: Dah rindu

Tatabahasa:
会いたい (aitai) – nak jumpa
⇒ 会いたくなる (aitakunaru) – ‘naru’ bermaksud ‘menjadi’ = ‘menjadi rindu’
⇒ 会いたくなっちゃう (aitakunacchau) – ‘nacchau’ ialah sesuatu yang berlaku tanpa diduga
⇒ 会いたくなっちゃった (aitakunacchatta) – bentuk past tense

= maksud dia secara harfiah, ‘tidak ku duga perasaan ini sudah menjadi rindu

Bila dah berjumpa dan ingin luahkan rasa rindu, boleh gantikan ()いたい (aitai) kepada past tense, ()いたかった. Contoh;

()いたかったよ!

Aitakattayo!

Lit.: Nak jumpa – past tense
BM: Rindu tau!

Atau boleh cakap,

()いてよかった

Aite yokatta

Lit. Best nya dapat jumpa
BM: Ish! Rindunya!

会いたい (aitai) biasa digunakan untuk kawan-kawan atau pasangan. Bagaimana kalau kita rindu dengan rumah? Atau rindu selain daripada orang seperti masakan, haiwan peliharaan? Boleh gunakan perkataan (こい)しい (koishii).

2. こいしい (koishii)

(こい)しい berasal daripada perkataan (こい) (koi) yang bermaksud, cinta. Jom baca bagaimana perkataan ini digunakan apabila kita rindu pada sesuatu selain orang;

Contoh 1

うちが(こい)しいー

Uchi ga koishi…

Rindu rumah.. 

Nota kaki: Perkataan ini digunakan apabila rindu pada keluarga, tapi biasanya orang Jepun tak sebut ‘rindu keluarga’ tapi ‘rindu rumah’. Oleh itu 恋しい (koishii) digunakan kerana rumah itu benda

Contoh 2:

日本料理(に ほん りょう り)(こい)しいな

Nihon ryouri ga koishii na

Rindunya makanan jepun

Contoh 3:

マレ(まれ)シア(しあ)にいるときに(わたし)(ねこ)(こい)しい

Mare-shia ni iru toki ni watashi no neko ga koishii

Bila saya di Malaysia, saya rindukan kucing saya

(こい)しい (koishii) juga boleh digunakan untuk manusia. 恋しい (koishii) dalam bahasa Inggeris sama maksud seperti ‘longing for someone‘. Perasaan ini lebih kuat berbanding 会いたい (aitai). Contohnya,

あなたが恋しい

anata ga koishii

Saya rindukan awak

Disebabkan perkataan ini membawa emosi yang lebih mendalam, orang Jepun jarang menggunakannya. 恋しい boleh digunakan untuk kekasih, atau orang yang sangat dikasihi.

Biasanya orang Jepun lagi suka gunakan 会いたい (aitai) atau 寂しい (samishi/sabishi) apabila rindu dengan seseorang. Apa itu 寂しい?

3. (さみ)しい

(さみ)しい (samishi @ sabishi – ada dua jenis sebutan tapi maksud sama) juga bermaksud rindu. Tapi maksud literalnya ialah suatu ‘perasaan yang sunyi’.

Bila orang yang kita rindu tiada disisi, mesti perasaan sunyi itu datang. Jadi (さみ)しい (samishi) juga digunakan utk ekpreskan rasa rindu. Contohnya,

あなたがいなくて(さび)しいよ

Anata ga inakute sabishi yo

Sunyinya bila awak tiada

Atau, lebih pendek boleh cakap,

(さみ)しいわ

samishiwa

Rindunya

Bila nak berpisah, (さみ)しい (samishi) juga boleh digunakan,

あなたがいなくて(さみ)しくなっちゃうね

Anata ga inakute samishikunacchau ne

Awak tiada nanti, mesti saya rasa rindu (sunyi)

Menarik kan! Bahasa Jepun menggunakan banyak perkataan untuk ekspreskan rasa rindu. Mungkin kita rasa macam tak sampai maksud rindu tu bila gunakan perkataan seperti ‘nak jumpa’, atau ‘sunyi’. Tapi jangan risau, bila orang Jepun mengatakannya, mereka betul-betul memaksudkan yang mereka merindui seseorang. 🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *