~たばかり digunakan untuk menyatakan bahawa sesuatu itu baru sahaja terjadi, atau baru sahaja mula membuat sesuatu. Dalam bahasa Melayu, ia bermaksud ‘baru sahaja’.
Kata kerja ditukar menjadi kala lepas (past tense) bentuk biasa (plain form) kemudian ditambah dengan ばかり.
Kalau nak ubah jadi ayat sopan, tambah です selepas ばかり. Jangan ubah kata kerja menjadi bentuk sopan (polite form).
Contohnya,
食べたばかりです ✔️
Tabeta bakari desu
Baru sahaja makan
食べましたばかり ❌
Tabemashita bakari
Baru sahaja makan
Jom baca lebih banyak contoh dibawah,
去年、子供が生まれたばかりです
Tahun lepas, anak (saya) baru sahaja lahir
ゲームを始めたばかりです
Saya baru sahaja mula bermain game
私は今着いたばかりだ
Saya baru sahaja sampai
ミロを飲んだばかりだよ
Aku baru je minum milo
私の夫は軍隊から戻ったばかりです
Suami saya baru sahaja pulang daripada bertugas sebagai askar
Senang kan nak faham. Semoga bermanfaat!