Sub-Bahagian 10
Baris W:
わ (wa), を (wo)
Baris N:
ん (n)
Hiragana 1
わ
Sebutan
Cara sebutan わ sama seperti ‘wa’ di dalam perkataan ‘wayang’
Contoh
わたし (wa – ta – shi) : Saya
わるい (wa – ru – i) : Tidak elok
Cara Tulis

Hafalan Kaedah Mnemonik

Hiragana 2
を
Sebutan
Walaupun huruf を dieja sebagai ‘wo’ namun sebutannya menghampiri huruf ‘o’ tetapi sebutannya lembut berbanding huruf お (o). Huruf ini digunakan sebagai kata sendi.
Cuba dengar audio dengan teliti pada contoh berikut.
Contoh
えいがをみました (eiga wo mimashita): Saya menonton wayang
Cara Tulis

Hafalan Kaedah Mnemonik

Hiragana 3
ん
Sebutan
Contoh
うんどう(u – n – do – u) : Sukan
どんな(don – na): Bagaimana
りんご(ri – n – go) : Epal
せんげつ(se – n – getsu): Bulan lepas
ん berbunyi sedikit seperti ‘ng’ apabila berada di hujung perkataan. Contohnya,
らーめん (ra – me – n) : Ramen
おとうさん (o – to – u – sa – n) : Bapa
Cara Tulis

Nota penting: apabila menaip di PC atau telefon, korang kena taip ‘nn’ baru huruf ん akan keluar.
Hafalan Kaedah Mnemonik

Tahniah! Anda sudah belajar kesemua 46 Hiragana Gojūon!
Jom hafal menggunakan aplikasi telefon atau buat latihan menulis sebanyak mungkin sebelum ke nota seterusnya!
Untuk nota akan datang kita akan belajar tentang huruf Dakuon. Kalau korang lupa, ini ialah huruf Dakuon tu,
*Buat masa sekarang saya mempunyai kekangan masa untuk menyiapkan nota hiragana. Minta maaf! 🙏 Saya harap nota percuma setakat ini dapat membantu sedikit-sebanyak.
