Hai!
Alhamdulillah hari ini hari jadi saya yang ke *cough* 2+ tahun. Hehe. Saya dapat banyak ucapan di Twitter hari ini. Terima kasih korang. Saya sangat gembira dapat ramai kawan baru di sana!
Ya saya baru buat akaun Twitter tahun lepas. Saya buat akaun tu sebagai tempat saya menulis nota bahasa Jepun. Tak sangka, ramai yang nak jadi kawan saya dan belajar sama-sama!
Ramai juga yang minta saya buat kelas online. Tapi saya betul-betul tak layak lagi nak ajar orang. Tapi saya boleh kongsikan nota belajar saya dengan semua! Jadi dari sinilah datangnya idea nak buat laman web.
Saya fikir nak buat laman web tu senang je. Rupanya banyaknya kena buat! Kena cari domain, hosting, kena belajar coding, fikir konsep, design, nak tulis nota bahasa Jepun lagi. Wah! 😵
Selama sebulan (saya mula setup sejak 16 Jun) saya berhempas pulas siapkan laman web ni daripada scratch. Semua buat sendiri sebab ini projek rahsia, tiada siapa yang boleh tahu! hahaha.
Tapi dalam 2 minggu usaha nak siapkan laman web, saya jadi burn out sekejap sebab saya sangat noob bab buat laman web ni, ditambah dengan kerja ofis dan masalah peribadi lain, terus stres. Haha. Tu yang rehat sekejap daripada Twitter masa akhir bulan Jun (kalau ada yang perasan lah).
Padan muka juga lah sebab nak sangat berahsia, akhirnya saya tak boleh simpan stres sendiri, saya reach out seorang kawan saya untuk bantu siapkan nota untuk laman web ini.
Alhamdulillah dia sudi tolong dan dia banyak siapkan nota bahasa Jepun terutamanya nota pengenalan hiragana dan katakana (ada dimuatkan dalam pek pemula Noob Jepun). Terima kasih awak. 🥺
Menyiapkan laman web ini merupakan pengalaman yang menarik. Memang nak dikatakan saya dah berikan sepenuh tenaga, air mata, peluh, dan darah (cewah). Tapi saya sangat seronok!
Semua ni pun sebab nak berikan yang terbaik untuk kawan-kawan saya yang nak belajar bahasa Jepun. Sememangnya, ini adalah hadiah hari jadi paling istimewa buat diri saya tahun ini.
Saya berharap saya akan sentiasa diberikan kekuatan supaya terus berkongsi di laman web ini, dan memanfaatkan lebih ramai orang, bukan sahaja di Twitter tapi sekarang nak sampaikan ilmu kepada semua orang yang mempunyai kemudahan internet!
Saya akan cuba terbaik. Saya harap korang teruskan menyokong saya! 💪
Kalau korang nak baca lebih lanjut tentang laman web saya boleh tekan butang di bawah.
Jom belajar bahasa Jepun sama-sama!