Pergi ke bawah sekali untuk ke MENU UTAMA
Sebelum mula belajar nota ini, adalah baik kalau korang kenal dulu jenis-jenis hiragana pada post bertajuk ‘Kenali Hiragana’ [BACA SINI]. Dah baca? Bagus! Jom teruskan
Gojūon (五十音) bermaksud 50 bunyi. Berasal daripada gabungan perkataan ‘gojū’ (五十) iaitu 50 dan ‘on’ (音) iaitu bunyi. Terdapat 46 huruf Hiragana Gojūon
50 bunyi ini adalah merujuk kepada grid carta Hiragana 10 x 5 – tidak termasuk baris untuk huruf ん (n) – yang saya ada perkenalkan pada post yang lepas.
Saya akan buat dua bahagian untuk nota Hiragana Gojūon. Setiap bahagian saya akan pecahkan lagi kepada 5 sub-bahagian. Supaya korang tak rasa penat belajar sekaligus.
Untuk bahagian 1 kali ini, ada 5 sub-bahagian yang akan dikupaskan. Kita akan belajar perlahan-lahan, okay! Sub-bahagian itu adalah,
Sub-Bahagian 1:
あ(a), い(i), う(u), え(e), お(o)
Sub-Bahagian 2:
か(ka), き(ki), く(ku), け(ke), こ(ko)
Sub-Bahagian 3:
さ(sa), し(shi), す(su), せ(se), そ(so)
Sub-Bahagian 4:
た(ta), ち(chi), つ(tsu), て(te), と(to)
Sub-Bahagian 5:
な(na), に(ni), ぬ(nu), ね(ne), の(no)
Untuk menghafal lebih berkesan, pergerakan tangan untuk menulis adalah penting. Korang digalakkan untuk membeli buku petak atau boleh cetak kertas latihan dengan menekan memuat turun kertas di bawah,
Kalau korang nak praktis hafalan saya cadangkan untuk muat turun aplikasi berikut,
Baiklah! Sudah bersedia? Jom kita mulakan!