Kanji 1:
休
Pecahan: 人 (orang), 木 (pokok)
Maksud: rehat, hari cuti, tidur
Untuk pemula (beginner), perkataan yang kerap menggunakan kanji ini ialah:
- 休む
(やすむ)
Rehat
Berikut adalah senarai penggunaan kanji 休 berdasarkan sebutan onyomi (sebutan asal bahasa Cina) dan kunyomi (sebutan bahasa Jepun);
| Sebutan | Contoh | Contoh Ayat |
| Onyomi: –きゅう | 休日 (きゅうじつ) Hari cuti | 休日を楽しみなさい。Selamat bercuti. |
| Kunyomi: –やす | 休む (やすむ) Rehat 休まる (やすまる) Tenang 休める (やすめる) Rehat, tunda, bantu | お母さんは休む必要があった。Emak perlukan rehat. ここへ来るといつも心が休まります。 Setiap kali datang ke sini, hati (saya) tenang. この仕事が済んだたっぷり休める。 (saya) Akan berehat selepas kerja ini selesai. |
Cara Tulis


Kanji 2:
本
Pecahan: 木 (pokok), 一 (satu)
Maksud: buku, sekarang, utama, asal, betul, penjodoh bilangan
Untuk pemula, perkataan yang kerap menggunakan kanji ini ialah:
- 本
(ほん)
Buku
- 日本
(にほん)
Jepun
Berikut adalah senarai penggunaan kanji 本 berdasarkan sebutan onyomi (sebutan asal bahasa Cina) dan kunyomi (sebutan bahasa Jepun);
| Sebutan | Contoh | Contoh Ayat |
| Onyomi: –ほん | 本 (ほん) Buku 本当 (ほんとう) Kebenaran, benar, realiti 本日 (ほんじつ) Hari ini | これは誰の本ですか。Buku siapakah ini? これは本当です。 Ini betul. 本日は、お兄さんの紹介をしたいと思います。 Rasanya saya nak kenalkan abang [saya] hari ini. |
| Kunyomi: – もと jarang digunakan |
Cara Tulis


Kanji 3:
半
Pecahan: 丷 (berasal drpd 人 – orang), 十 (sepuluh), 一 (satu)
Maksud: setengah, separa, sebahagian, separuh, tengah, nombor ganjil
Untuk pemula, perkataan yang kerap menggunakan kanji ini ialah:
- 半分
(はんぶん)
Separuh
- 三じ半
(さんじはん)
Pukul 3 setengah
Berikut adalah senarai penggunaan kanji 半 berdasarkan sebutan onyomi (sebutan asal bahasa Cina) dan kunyomi (sebutan bahasa Jepun);
| Sebutan | Contoh | Contoh Ayat |
| Onyomi: –はん | 半 (はん) Setengah (masa), separuh 半分 (はんぶん) separuh 半年 (はんとし) setengah tahun | 今午後2時半です。Sekarang pukul 2 setengah petang. 肉を半キロください。 Tolong [beri saya] daging setengah kilo. 彼はリンゴを半分に切った。 Dia memotong epal menjadi separuh. あと半年したら、彼女は外国に行きます。 Lagi setengah tahun dia akan pergi ke luar negara. |
| Kunyomi: – なか | 半ば (なかば) pertengahan | 彼女は40代半ばで再婚した。Dia berkahwin sekali lagi pada pertengahan umur 40. |
Cara Tulis


Kanji 4:
年
Antara pecahan: 生 (hidup), 丨(batang)
Maksud: Tahun, penjodoh bilangan untuk mengira tahun
Untuk pemula, perkataan yang kerap menggunakan kanji ini ialah:
- Nombor + 年. contoh:
一年
(いちねん)
Tahun ini
- 今年
(ことし)
Tahun ini
Berikut adalah senarai penggunaan kanji 年 berdasarkan sebutan onyomi (sebutan asal bahasa Cina) dan kunyomi (sebutan bahasa Jepun);
| Sebutan | Contoh | Contoh Ayat |
| Onyomi: – ねん | 昨年 (さくねん) Tahun lepas 年々 (ねんねん) Tahun demi tahun 年中 (ねんじゅう) Sepanjang tahun | 昨年日本へ行きました。[saya] pergi ke Jepun tahun lepas. ここの生活費は年々上がっている。 Perbelanjaan hidup di sini meningkat dari tahun ke tahun. その店は年中無休です。 Kedai itu dibuka sepanjang tahun. |
| Kunyomi: – とし | 年 (とし) Umur 年上 (としうえ) Lebih tua | リサさんはほぼ私の年です。Umur Lisa-san lebih kurang dengan saya. リンダさんは私より二つ年上だ。 Linda-san dua tahun lebih tua daripada saya. |
Cara Tulis


Kanji 5:
中
Pecahan: 口 (mulut), 丨(batang)
Maksud: di dalam, tengah, pusat (center)
Untuk pemula, perkataan yang kerap menggunakan kanji ini ialah:
- 中
(なか)
Tengah
- 中
(ちゅう)
Sedang
Berikut adalah senarai penggunaan kanji 中 berdasarkan sebutan onyomi (sebutan asal bahasa Cina) dan kunyomi (sebutan bahasa Jepun);
| Sebutan | Contoh | Contoh Ayat |
| Onyomi: – ちゅう | 中 (ちゅう) Sedang 中心 (ちゅうしん) Pusat (center) | ダイエット中[saya] sedang diet. 子供たちの学校は町の中心にあります。 Sekolah anak-anak berada di pusat bandar. |
| Kunyomi: – なか – うち – あた | 中 (なか) Tengah, dalam この中 (このうち) Di antara *中り (ejaan lama) (あたる) Kena (cth: batu terkena kepala) *perkataan ini dah tak guna kanji 中, ejaan moden ialah 当たる (あたる) | かばんの中ですDi dalam beg この中に欲しいものはない。 Di antara (kedua-dua ini) [saya] tak nak apa-apa. |
Cara Tulis


Tahniah! Anda sudah belajar 5 kanji hari ini!
休・本・半・年・中
Jom pelajari lebih banyak Kanji JLPT N5 di sini: KANJI N5
Jom praktis kanji di atas dengan mencetak kertas latihan kanji pada pautan di bawah:
Muat turun SINI





