Format TE (te-form) – Kata Kerja 動詞 (Doushi) Bhg. 6

Hi semua! Nyanko-chan di sini! Maaf lama menyepi sebab saya ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan. Harap semua sihat-sihat belaka!

Untuk entri kali ini, saya akan berkongsi cara konjugasi kata kerja kepada format て (te). Bila nak guna ni? Macam mana nak guna? Kita akan belajar sama-sama ya!

Ini adalah antara tatabahasa PALING PENTING untuk korang kuasai kalau nak lancar berbahasa Jepun. Format て banyak digunakan dalam pelbagai topik di semua peringkat JLPT. Pastikan korang faham betul-betul tau!

Kalau korang belum lagi belajar tentang asas kata kerja bahasa Jepun, jangan lupa untuk baca dahulu nota saya sebelum ini;

  1. Pengenalan kepada Kata Kerja
    [BACA SINI]
  2. Kata Kerja Bentuk Kala Kini (present tense)
    [BACA SINI]
  3. Kata Kerja Bentuk Kala Kini Negatif
    [BACA SINI]
  4. Kata Kerja Bentuk Kala Lepas (past tense)
    [BACA SINI]
  5. Kata Kerja Bentuk Kala Lepas Negatif
    [BACA SINI]

Format て

Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang cara penggunaan て, jom kita tengok dahulu macam mana nak konjugasikan kata kerja menjadi Format て.

Untuk konjugasi Format て, kita akan mengikut formula Kala Lepas. Korang boleh baca di [SINI] kalau dah ingat-ingat lupa tentang konjugasi Kala Lepas!

Caranya ialah, konjugasikan dahulu kata kerja menjadi bentuk Kala Lepas, kemudian huruf akhir yang dikonjugasikan itu perlu ditukar kepada huruf て/で. Jom lihat cara konjugasi pada jadual di bawah.

五段動詞ごだんどうし (Kumpulan 1)

Swipe skrin (jika telefon pintar) untuk lihat kesemua bahagian jadual

Perkataan
Akhir
Kala Lepas
(過去形)
Format てContoh


~った~
った
katta
Dah beli


katte


~んだ~ 
んだ
nonda
Dah minum
 

nonde
~いた~
いた
kiita
Dah dengar


kiite
~いだ~
いだ
nuida
Dah tanggal


nuide
~した~はな
した
hanashita
Dah cakap
はな

hanashite
Huruf う, つ, dan る mempunyai formula yang sama, jadi saya kumpulkan dalam satu baris sahaja.
Sama juga dengan huruf む, ぬ, dan ぶ.

一段動詞いちだんどうし (Kumpulan 2)

Perkataan
Akhir
Kala Lepas
(過去形)
Format てContoh
~~

mita
Dah lihat


食べ
tabeta
Dah makan


mite



食べ
tabete
Perkataan た dibuang dan digantikan dengan て.

変格動詞へんかくどうし (Kumpulan 3)

Perkataan
Akhir
Kala Lepas
(過去形)
Format てContoh
~する
suru
Buat
~した
shita
Telah buat
~べんきょう
勉強した
benkyou shita
Telah belajar
べんきょう
勉強
benkyou shite


kuru
Datang


kita
Telah datang


kite
Sebutan 来 bagi Kala Lepas dan format て adalah sama iaitu き(ki).

Fungsi ~て

Terdapat banyak fungsi ~て. Tetapi untuk entri kali ini, saya akan menghuraikan kegunaan ~て yang paling asas, iaitu:-

  1. Untuk menghubungkan lebih dari 1 perbuatan dalam satu ayat.
  2. Untuk memberi perintah/arahan.
  3. Untuk membuat permintaan/meminta tolong.

1. Untuk Menghubungkan Lebih Daripada 1 Perbuatan

Jika terdapat lebih dari satu perbuatan yang kita lakukan, format て boleh membantu kita untuk menghubungkan kesemua perbuatan dalam satu ayat dengan syarat:-

  • Kesemua kata kerja perlu disusun mengikut turutan yang kita lakukan
  • Kata kerja format て tidak boleh berada di hujung ayat

Contoh di bawah akan bagi pemahaman yang lebih lanjut,

8(はち)()()きて(あさ)(はん)()べて会社(かいしゃ)()きます

[saya] bangun pada pukul 8, [lepas itu saya] bersarapan, [kemudian saya] pergi ke pejabat.

Susunannya ialah:

Bangun dari tidur → Makan sarapanPergi ke pejabat

Kesemua perbuatan sebelum pergi ke pejabat perlu ditukarkan kepada format て. Manakala perbuatan terakhir (pergi ke pejabat) perlu ditulis dalam format Kala Kini atau Kala Lepas bergantung kepada situasi.

2. Untuk Memberi Perintah/Arahan

Kita juga boleh menggunakan format て untuk memberi perintah atau arahan kepada seseorang.

Mari kita lihat contoh di bawah:-

Contoh 1:

()きて。

Bangun.
– Mengarahkan seseorang untuk bangkit dari tidur

Contoh 2:

()て。

Tidur (pergi tidur).

Untuk ayat perintah ini, jangan pula digunakan kepada mereka yang lebih tua atau senior ya! Sebaliknya kita boleh menambah ください (kudasai) yang akan diterangkan pada poin seterusnya.

Untuk Membuat Permintaan / Meminta Tolong

Kalau dalam Bahasa Melayu, kita menambah perkataan ‘tolong’ jika kita ingin membuat suatu permintaan. Dalam Bahasa Inggeris pula, perkataan ‘Please‘ akan ditambah di hadapan kata kerja.

Untuk Bahasa Jepun, kita perlu menukarkan kata kerja kepada format て dan menambahkan perkataan ください (kudasai) yang bermaksud tolong. Ia juga boleh diterjemahkan sebagai ‘sila’ untuk situasi yang sangat formal.

Jom kita lihat contoh di bawah:-

Contoh 1:

タクシ(たくし)ーを()んでください。

Tolong panggilkan teksi.

Contoh 2:

パン(ぱん)()ってください。

Tolong belikan roti.

Contoh 3:

なまえを()いてください

Sila tuliskan nama (anda)

ください biasanya digunakan dalam suasana formal atau separa formal. Dalam perbualan kasual, perkataanください boleh dibuang dan diucapkan seperti dalam poin 2 (untuk memberi perintah/arahan). Contoh;

ちょっとまってください ➡ ちょっとまって

Tolong tunggu sebentar

Ia tidak semestinya bermaksud speaker memberi arahan. Ia boleh diertikan sebagai meminta tolong, bergantung pada konteks ayat.

Saya harap semua faham dengan entri kali ni. Kalau ada apa-apa soalan, boleh terus komen di bawah ya!

Nantikan entri seterusnya, saya akan kupaskan lebih lanjut tentang penggunaan Format-て berserta contohnya sekali!

Jumpa lagi! 😸

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *