Korang mesti pernah dengar orang Jepun terutamanya yang lelaki atau pakcik-pakcik bila bertanya sesuatu, dorang akan tambah perkataan かい (kai) di hujung soalan.
Apa maksud かい (kai) dan bagaimana nak guna? かい (kai) adalah sama seperti か (ka), diletakkan di hujung ayat apabila bertanya soalan.
Tapi かい (kai) hanya boleh digunakan untuk bertanya soalan yang boleh dijawab dengan YA atau TIDAK (close ended question). Berbeza dengan か (ka), ia boleh digunakan untuk apa-apa jenis soalan.
Jom baca contoh,
おれとダンスパーティーに行くかい? ✔️
(awak) nak pergi ke majlis tari bersama saya?
心配事があるのかい? ✔️
Ada benda yang merunsingkan awak ke?
おれのせいだと思うかい? ✔️
Awak fikir ni salah saya?
Ini contoh penggunaan かい yang salah sebab soalan berikut tidak boleh dijawab dengan YA atau TIDAK (open ended question);
どこに行くかい? ❌
Nak ke mana?
何を食べるかい? ❌
(awak) makan apa?
Boleh tak gunakan か (ka) untuk soalan YA/TIDAK?
Ya! Ia boleh digunakan. Kedua-dua contoh di bawah adalah betul,
行くか? (ikuka) ✔️
行くかい? (ikukai) ✔️
Dua-dua bermaksud: Pergi ke?
Jadi, apa bezanya bila kita guna か (ka) dan かい (kai) untuk soalan YA/TIDAK? Apabila か (ka) digunakan, kita akan nampak lebih tegas. Penggunaan かい (kai) pula lembut sedikit.
か (kai) / かい (kai) biasa digunakan oleh lelaki
Meletakkan か (ka) / かい (kai) di hujung soalan yang kasual akan menjadikan ayat itu kedengaran maskulin.
Oleh itu, penggunaan か (ka) / かい (kai) sering digunakan oleh lelaki berbanding perempuan terutamanya lelaki yang lebih maskulin. Kawan Jepun saya juga bagitahu, かい (kai) lebih selalu digunakan oleh orang tua-tua.
Kalau perempuan nak bertanya secara kasual, biasanya か (ka) tidak akan digunakan. かい (kai) lagi lah jarang digunakan. Intonasi suku kata terakhir pada ayat akan dinaikkan sedikit bila bertanya. Cuba dengar contoh berikut,
これ食べる?
Makan tak benda ni?
*る (ru) pada ayat di atas dinaikkan.
Ada juga perempuan yang menggunakan か (ka), terutamanya bila nak beri penekanan pada soalan. Contohnya,
そろそろ行くか? (soro soro ikuka)
Dah boleh geraklah kan?
Lelaki pun ada juga yang tak letak か (ka) bila bertanya. Mungkin dorang tak nak nampak maskulin sangat.
Itu sahaja! Semoga bermanfaat! 😙