Sebenarnya, ‘rindu’ ialah perkataan yang tidak dapat diterjemah dengan tepat ke dalam bahasa Jepun. Jadi macam mana orang Jepun meluahkan rasa rindu? Ada tiga perkataan yang boleh digunakan:
1. 会いたい (Aitai)
会いたい secara literal bermaksud, ‘nak jumpa’. Berasal daripada perkataan 会う (au), jumpa. Jom baca bagaimana perkataan ini digunakan;
Contoh 1
ゆきちゃんに会いたいな
Yuki chan ni aitai na
Lit. Nak jumpa Yuki
BM: Rindu Yuki
Tatabahasa:
な (na) di akhir ayat: menunjukkan yang speaker sedang bermonolog
Contoh 2
会いたくなっちゃった
Aitakunacchatta
Lit. Terasa nak jumpa dah
BM: Dah rindu
Tatabahasa:
会いたい (aitai) – nak jumpa
⇒ 会いたくなる (aitakunaru) – ‘naru’ bermaksud ‘menjadi’ = ‘menjadi rindu’
⇒ 会いたくなっちゃう (aitakunacchau) – ‘nacchau’ ialah sesuatu yang berlaku tanpa diduga
⇒ 会いたくなっちゃった (aitakunacchatta) – bentuk past tense
= maksud dia secara harfiah, ‘tidak ku duga perasaan ini sudah menjadi rindu‘
Bila dah berjumpa dan ingin luahkan rasa rindu, boleh gantikan 会いたい (aitai) kepada past tense, 会いたかった. Contoh;
会いたかったよ!
Aitakattayo!
Lit.: Nak jumpa – past tense
BM: Rindu tau!
Atau boleh cakap,
会いてよかった
Aite yokatta
Lit. Best nya dapat jumpa
BM: Ish! Rindunya!
会いたい (aitai) biasa digunakan untuk kawan-kawan atau pasangan. Bagaimana kalau kita rindu dengan rumah? Atau rindu selain daripada orang seperti masakan, haiwan peliharaan? Boleh gunakan perkataan 恋しい (koishii).
2. 恋しい (koishii)
恋しい berasal daripada perkataan 恋 (koi) yang bermaksud, cinta. Jom baca bagaimana perkataan ini digunakan apabila kita rindu pada sesuatu selain orang;
Contoh 1
うちが恋しいー
Uchi ga koishi…
Rindu rumah..
Nota kaki: Perkataan ini digunakan apabila rindu pada keluarga, tapi biasanya orang Jepun tak sebut ‘rindu keluarga’ tapi ‘rindu rumah’. Oleh itu 恋しい (koishii) digunakan kerana rumah itu benda
Contoh 2:
日本料理が恋しいな
Nihon ryouri ga koishii na
Rindunya makanan jepun
Contoh 3:
マレーシアにいるときに私の猫が恋しい
Mare-shia ni iru toki ni watashi no neko ga koishii
Bila saya di Malaysia, saya rindukan kucing saya

恋しい (koishii) juga boleh digunakan untuk manusia. 恋しい (koishii) dalam bahasa Inggeris sama maksud seperti ‘longing for someone‘. Perasaan ini lebih kuat berbanding 会いたい (aitai). Contohnya,
あなたが恋しい
anata ga koishii
Saya rindukan awak
Disebabkan perkataan ini membawa emosi yang lebih mendalam, orang Jepun jarang menggunakannya. 恋しい boleh digunakan untuk kekasih, atau orang yang sangat dikasihi.
Biasanya orang Jepun lagi suka gunakan 会いたい (aitai) atau 寂しい (samishi/sabishi) apabila rindu dengan seseorang. Apa itu 寂しい?
3. 寂しい
寂しい (samishi @ sabishi – ada dua jenis sebutan tapi maksud sama) juga bermaksud rindu. Tapi maksud literalnya ialah suatu ‘perasaan yang sunyi’.
Bila orang yang kita rindu tiada disisi, mesti perasaan sunyi itu datang. Jadi 寂しい (samishi) juga digunakan utk ekpreskan rasa rindu. Contohnya,
あなたがいなくて寂しいよ
Anata ga inakute sabishi yo
Sunyinya bila awak tiada
Atau, lebih pendek boleh cakap,
寂しいわ
samishiwa
Rindunya
Bila nak berpisah, 寂しい (samishi) juga boleh digunakan,
あなたがいなくて寂しくなっちゃうね
Anata ga inakute samishikunacchau ne
Awak tiada nanti, mesti saya rasa rindu (sunyi)
Menarik kan! Bahasa Jepun menggunakan banyak perkataan untuk ekspreskan rasa rindu. Mungkin kita rasa macam tak sampai maksud rindu tu bila gunakan perkataan seperti ‘nak jumpa’, atau ‘sunyi’. Tapi jangan risau, bila orang Jepun mengatakannya, mereka betul-betul memaksudkan yang mereka merindui seseorang. 🥰