Topik:
私の家族
Keluarga Saya
Vokabulari:
私 (わたし): saya
家族 (かぞく): keluarga
Tatabahasa:
partikel の: menandakan kepunyaan
(contoh: わたしのかぞく – Saya punya keluarga)
おじいさんAtuk 👴 | おばあさんNenek 👵 |
お父さんAyah 👨 | お母さんIbu 👩 |
おじさんPak Cik 👨 | おばさんMak Cik 👩 |
お兄さんAbang 💁♂️ | お姉さんKakak 🙆 |
いもうと (妹)Adik perempuan 👧 | おとうと (弟)Adik Lelaki 👦 |
Tahniah korang dah belajar 10 vokabulari baru hari ini!
Fakta Menarik:
- Sebutan お (O) di awal perkataan merupakan panggilan hormat di dalam bahasa Jepun
- Seperti orang Malaysia, orang Jepun juga memanggil orang selain keluarga dengan panggilan di atas untuk nampak lebih mesra atau sopan.
- Sebagai contoh memanggil makcik yang menjual sayur sebagai obasan. Atau memanggil seseorang dengan panggilan oneesan (kakak)
- Adalah perkara biasa untuk memanggil orang muda yang tidak dikenali sebagai oniisan/oneesan (dalam suasana tidak formal).
- Walaupun mereka nampak lebih muda daripada kita, ia tidak mengapa kerana mereka menganggap ia hanyalah panggilan tanda hormat.
- Adik lelaki dan perempuan tidak digelar otouto/imouto. Orang Jepun hanya memanggil nama. Tapi untuk kakak dan abang, mereka boleh dipanggil ‘oneesan’/’oniisan’. Begitu juga mak, ayah, nenek, atuk, mak cik dan pak cik.




