Keluarga Saya (Kenali 10 Vokabulari)

Topik:

わたし家族(かぞく)
Keluarga Saya

Vokabulari:
私 (わたし): saya
家族 (かぞく): keluarga

Tatabahasa:
partikel の: menandakan kepunyaan
(contoh: わたしのかぞく – Saya punya keluarga)

おじいさん

Atuk 👴
おばあさん

Nenek 👵
とうさん

Ayah 👨
かあさん

Ibu 👩
おじさん

Pak Cik 👨
おばさん

Mak Cik 👩
にいさん

Abang 💁‍♂️
ねえさん

Kakak 🙆
いもうと (妹)

Adik perempuan 👧
おとうと (弟)

Adik Lelaki 👦
*Kenalpasti perbezaan sebutan おじいさん (atuk) / おじさん (pak cik) dan おばあさん (nenek) / おばさん (mak cik)

Tahniah korang dah belajar 10 vokabulari baru hari ini!

Fakta Menarik:

  • Sebutan お (O) di awal perkataan merupakan panggilan hormat di dalam bahasa Jepun
  • Seperti orang Malaysia, orang Jepun juga memanggil orang selain keluarga dengan panggilan di atas untuk nampak lebih mesra atau sopan.
    • Sebagai contoh memanggil makcik yang menjual sayur sebagai obasan. Atau memanggil seseorang dengan panggilan oneesan (kakak)
    • Adalah perkara biasa untuk memanggil orang muda yang tidak dikenali sebagai oniisan/oneesan (dalam suasana tidak formal).
    • Walaupun mereka nampak lebih muda daripada kita, ia tidak mengapa kerana mereka menganggap ia hanyalah panggilan tanda hormat.
  • Adik lelaki dan perempuan tidak digelar otouto/imouto. Orang Jepun hanya memanggil nama. Tapi untuk kakak dan abang, mereka boleh dipanggil ‘oneesan’/’oniisan’. Begitu juga mak, ayah, nenek, atuk, mak cik dan pak cik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *