Mengapa sebutan は (HA) pada こんにちは (konnichiwa) ialah WA?

Bagi yang sudah mempelajari hiragana, pasti mengetahui bahawa sebutan huruf は ialah HA. Tetapi semasa mengucapkan こんにちは sebutannya menjadi konnichiWA.

Begitu juga dengan こんばんは disebut sebagai konbanWA bukan konbanHA. Pernah tertanya-tanya tak mengapa? Ok jom baca sampai habis untuk mengetahui sebabnya!

こんにちは (konnichiwa) bermaksud ‘selamat tengahari‘ atau ‘hai‘. こんばんは (konbanwa) pula bermaksud ‘selamat malam‘. Ia adalah ucapan secara umum atau sapaan bila kita berjumpa dengan orang.

Nota kaki: Untuk mengucapkan selamat malam sebagai tanda perpisahan, kita tak sebut こんばんは (konbanwa) tapi おやすみなさい (oyasuminasai). Ia bermaksud selamat tidur/selamat berehat daripada kata dasar 休む (yasumu = rehat).

Sebelum kita masuk kenapa sebutan こんにちは ialah konnichiWA bukan konnichiHA, kena tahu dulu yang sebenarnya huruf は akan disebut sebagai WA bila dia berfungsi sebagai kata sendi/partikel.

Saya akan ceritakan secara mendalam fungsi kata sendi は (WA) pada nota lain tapi secara ringkasnya partikel は (WA) berfungsi untuk menyambungkan dua frasa. Contohnya,

ヌーブマレー人
Nub WA marejin
Nub ialah orang Melayu

は (WA) di sini menggabungkan perkataan Nub dan orang Melayu.

は akan disebut HA apabila dia bergabung dengan huruf lain menjadi satu perkataan. Contohnya れ (HAre = cerah), しらい (shiHArai = payment), みっつ (mitsuHA = nama orang – yang bermaksud 3 daun).

Nota kaki: Kadang-kadang は (HA) bertukar sebutan menjadi ば (BA) apabila bergabung dengan kanji lain untuk memudahkan sebutan. Contohnya, 事 (koto = benda) + 葉 (ha = daun) ➡ 言葉 (kotoba = perkataan)

Tapi kenapa は pada こんにちは (konnichiwa) dan こんばんは (konbanwa) disebut WA sedangkan dia bergabung dgn huruf lain menjadi satu perkataan. Bukankah sepatutnya は (HA)?

HD wallpaper: Your Name Mitsuha Miyamizu wallpaper, Kimi no Na Wa ...
Miyazumu Mitsuha (宮水 三葉) dalam anime Kimi No Nawa

Asal Usul Konnichiwa dan Konbanwa

Sebenarnya ada sejarah dia kenapa sebutannya boleh menjadi WA. Pada zaman samurai dahulu, tepatnya semasa Era Kamakura (1185-1333), ada satu peraturan bahawa orang yang berselisih di jalanan dikehendaki untuk menyapa satu sama lain sebagai tanda hormat.

Kemudian budaya ini terbawa-bawa sehingga ke zaman sekarang. Sebab itulah orang Jepun terutamanya generasi tua biasa memberi sapaan (walaupun sekarang budaya ini sudah semakin pudar di kawasan bandar).

Antara sapaan yang terkenal ialah konnichiwa (selamat tengahari) dan konbanwa (selamat malam). Tapi kan, macam mana dia boleh membawa maksud macam tu sedangkan dalam bahasa Jepun tengahari ialah 昼 (hiru), dan malam pula 夜 (yoru)?

Sebenarnya こんにちは (konnichiwa) dan こんばんは (konbanwa) adalah ringkasaan daripada satu ayat sapaan yang lengkap.

こんにちは (konnichiwa) berasal daripada kanji 今日は. Ia adalah ringkasan daripada ayat,

今日は、ご機嫌いかがですか?

kon nichi wa, gokigen ikagadesuka?

Bagaimana keadaan awak sejak-sejak ini?

Vokabulari
今日 (kon nichi): sejak akhir-akhir ini – perkataan ini sudah jarang digunakan
ご機嫌 (go kigen): keadaan, mood
いかがですか (ikaga desuka): bagaimana

こんばんは (konbanwa) pula berasal daripada kanji 今晩は, ringkasan daripada ayat,

今晩は良い晩ですね

kon ban wa yoi ban desu ne

Malam ni malam yang aman sekali

Vokabulari
今晩 (kon ban): malam ini – perkataan ini sudah jarang digunakan
良い (yoi): bagus, baik

Tatabahasa
ですね (desu ne) – untuk melembutkan ayat

Menarik kan! WA dalam konnichiwa dan konbanwa ialah partikel は (WA), bukan sebahagian huruf dari satu perkataan tapi merupakan serpihan daripada satu ayat yang lengkap. Sebab itulah tidak disebut HA.

EKSTRA: Asal usul perkataan OHAYOU dan SAYOUNARA

Ohayou dan sayounara juga merupakaan sapaan yang kita biasa dengar dalam bahasa Jepun.

Ohayou atau panjangnya (lebih sopan), ohayou gozaimasu ialah selamat pagi. Sayounara pula bermaksud ‘selamat jalan/salam perpisahan‘. Tahukah anda kedua-dua sapaan ini juga berasal daripada satu ayat lengkap.

おはよう (Ohayou)

おはよう (ohayou) mempunyai kanji iaitu お早う yang bermaksud ‘awal’. Ia berasal daripada ayat,

お早くから、ご苦労様でございます

ohayaku kara gokurou sama de gozaimasu

Awal-awal (pagi dah bersusah payah bekerja), terima kasih banyak-banyak

Vokabulari:
苦労 (gokurou): susah payah

Ayat ini diucapkan pada zaman dahulu semasa berjumpa dengan orang yang sedang bekerja di awal-awal pagi. Contohnya di sawah padi atau kedai-kedai. Tapi lama-kelamaan ia ringkas menjadi ‘ohayou’ sahaja.

さようなら (Sayounara)

さようなら (sayounara) pula dikatakan datang daripada perkataan 左様ならば (sayounaraba) membawa lebih kurang sama maksud seperti, それなら (sore nara) atau それでは (sore de wa) yang bermaksud ‘kalau macam tu…’

Dia pendek daripada,

さようならば、これで別れましょう

sayou nara ba, kore de wakaremashou

Kalau macam tu, kita berpisah di sini sahajalah

Vokabulari
別れる (wakareru): berpisah

Seperti orang Melayu, terutamanya orang tua-tua, dorang kadang-kadang tak habiskan ayat semasa bercakap dan pendengar akan faham maksud yang ingin disampaikan.

Contohnya bila kita beraya, sewaktu nak balik kita sebut ‘okay lah…’ sahaja, lepas tu tegakkan badan (semasa duduk), tuan rumah pasti faham yang kita nak pulang. Ia juga adab untuk melembutkan cara cakap.

Begitu juga orang jepun masa dulu, dia tak sebut ‘sayou nara ba wakaremashou’ sebab nampak keras. Dia sebut sahaja ‘sayou nara….’, pendengar akan buat-buat faham itu tanda nak berpisah.

Lama-lama ‘sayounara’ membawa maksud selamat tinggal walaupun maksud literal dia ‘kalau macam tu..’. Tapi pada masa sekarang sayounara sudah jarang digunakan sebab ia membawa perasaan yang seolah-olah kita betul-betul dah tak akan jumpa orang tu lagi.

Sebutan lebih mesra ialah またね (mata ne) = jumpa lagi, atau じゃあね (jaa ne) = okay, bye. Sayounara lebih banyak digunakan dalam novel, lagu, dan wayang.

Itu sahaja! Semoga bermanfaat!

Rujukan:
iroha-japan.net
goodcross.com

2 Replies to “Mengapa sebutan は (HA) pada こんにちは (konnichiwa) ialah WA?”

  1. Nub-san, nak tanya untuk 今日(konnichi) memang sebutan ni dah tak digunakan ke melainkan bila kita nak cakap 今日は?

    1. Hai Maryam! Sebutan 今日 boleh jadi kyou, kon nichi, dan kon jitsu. Kon nichi boleh digunakan pada waktu lain selain konnichiwa. Tetapi ia sudah jarang digunakan pada perbualan seharian masa kini. kon jitsu sama seperti kon nichi, lebih banyak digunakan utk ucapan formal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *