Ciri-Ciri Tatabahasa Jepun

Tak dinafikan tatabahasa adalah antara bahagian paling susah dalam mempelajari suatu bahasa. Mungkin ia boleh jadi mudah sedikit kalau kita cuba bandingkan ciri-ciri tatabahasa Jepun dan Melayu.

Ada banyak ciri-ciri tatabahasa Jepun tapi saya akan terangkan 5 ciri penting berikut dengan ringkas, untuk memberikan gambaran kepada korang tentang tatabahasa Jepun;

  1. Susunan ayat Bahasa Jepun dan perbandingannya dengan BM
  2. Penggunaan Kata Sendi/Partikel yang pelbagai
  3. Suku kata akhir Kata Kerja diubah suai untuk menerangkan keadaan suatu perbuatan
  4. Kata Sopan (Polite form) dan Kata Kasual (Casual Form)
  5. Subjek di dalam ayat akan dibuang kalau sudah disebut pada ayat sebelum

1. Susunan ayat Bahasa Jepun

Dalam BM biasanya susunan ayat dia macam ni;

Subjek + Kata Kerja + Objek

Kamus Segera
Subjek ialah perkara di dalam ayat yang melakukan kata kerja
Objek ialah sesuatu yang menerima kesan daripada perbuatan subjek

Sebagai contoh:

SubjekKata KerjaObjek
Takumimakannasi

Tapi dalam Bahasa Jepun, susunannya ialah Subjek + Objek + Kata Kerja.

SubjekObjekKata Kerja
たくみ (は)
Takumi (wa)
ごはん (を)
gohan (wo)
たべる
taberu
Takuminasimakan
(wa) dan (wo) ialah sejenis kata sendi yang akan diterangkan dengan lebih lanjut selepas ini.

Adalah wajib untuk meletakkan Kata Kerja di akhir ayat. Susunan perkataan sebelum Kata Kerja pula adalah fleksibel mengikut situasi.

Lihat contoh di bawah, ayat dimulakan dengan objek kemudian subjek tapi tetap diakhiri dengan Kata Kerja.

ObjekSubjekKata Kerja
ごはん (は)
Gohan (wa)
たくみ (に)
takumi (ni)
たべらる
taberareru
NasiTakumimakan
Terjemahan BM: Nasi itu dimakan oleh Takumi.
Ini adalah susunan untuk ayat pasif (taberu menjadi taberareru). Ayat pasif akan diceritakan lebih lanjut pada nota lain.

(wa) dan (ni) ialah sejenis kata sendi

Contoh lain,

SubjekLokasiObjekKata Kerja
スミス(は)
Sumisu(wa)
日本(で)
Nihon(de)
日本語(を)
nihongo(wo)
勉強している
benkyou shiteiru
Smith di JepunBahasa Jepunbelajar
Terjemahan BM: Smith belajar Bahasa Jepun di Jepun

(wa), (de), (wo) ialah sejenis kata sendi

Untuk contoh di atas, susunan Lokasi dan Objek boleh diterbalikkan dan tatabahasanya tetap betul. Contoh selepas diterbalikkan,

スミスは 日本語を 日本で 勉強している
Sumisu wa nihongo wo nihon de benkyou shiteiru
Smith belajar Bahasa Jepun di Jepun

Kata Kerja tetap di akhir ayat.

2. Penggunaan Kata Sendi/Partikel yang pelbagai

Kata sendi nama atau dipanggil sebagai partikel sangat berguna untuk dikuasai dalam mempelajari bahasa Jepun. Ia diletakkan selepas sesuatu perkataan atau frasa.

Contohnya partikel は (wa), が (ga), を (wo), に (ni), で (de), と (to), の (no) dan macam-macam lagi. Ia berfungsi untuk menyambung perkataan atau frasa. Selain itu, partikel juga penting untuk menandakan fungsi perkataan/frasa itu.

Terdapat 188 fungsi partikel yang perlu dipelajari untuk pemula (beginner). Ini adalah antara partikel yang biasa digunakan untuk yang baru nak mula belajar bahasa Jepun:

は (wa)menandakan perkataan itu ialah topik utama di dalam ayat
が (ga)menandakan perkataan itu ialah subjek di dalam ayat
に (ni)menandakan perkataan itu ialah lokasi di dalam ayat
の (no)menandakan perkataan itu ialah kepunyaan subjek di dalam ayat
を (wo/o)menandakan perkataan itu ialah objek yang menerima kesan kata kerja daripada subjek di dalam ayat
と (to)menggabungkan satu atau lebih perkataan/frasa. BM = dan
で (de)menandakan perkataan itu ialah lokasi untuk topik/subjek itu membuat suatu kata kerja. BM = di

Cuba lihat bagaimana partikel itu penting untuk menandakan fungsi sesuatu perkataan/frasa di dalam ayat;

キッチン野菜食べる
watashi wa kicchin de sakana to yasai wo taberu
Saya makan ikan dan sayur di dapur

watashi wa = ‘wa’ menandakan ‘watashi’ ialah topik utama/subjek
kicchin de = ‘de’ menandakan ‘kicchin’ ialah lokasi subjek itu buat kata kerja
sakana to yasai (ikan dan sayur) = ‘to’ untuk menyenaraikan perkara
sakana to yasai wo = ‘wo’ menandakan ‘sakana to yasai’ ialah objek yang menerima kesan kata kerja ‘taberu’ (makan) daripada subjek (watashi)

Faham tak? Jangan risau, kalau tak faham sekarang tak apa. Nanti saya akan buatkan nota lebih teliti untuk setiap partikel.

3. Suku kata akhir Kata Kerja diubah suai untuk menerangkan keadaan suatu perbuatan

Dalam Bahasa Jepun untuk menerangkan keadaan suatu perbuatan, mengubah suai suku kata akhir Kata Kerja di dalam ayat itu sudah memadai.

Lihat contoh kata kerja 飲む (nomu) atau ‘minum’ di bawah. Suku kata akhir む (mu) dalam 飲 (nomu) diubahsuai menjadi bentuk kata kerja baru.

Berbeza dengan BM, bentuk kata kerja tidak diubah, cuma perkataan baru di tambah sebelum kata kerja.

SituasiBahasa JepunBahasa Melayu
Kata Dasar (nomu)Minum
Kata Negatifまない (nomanai)Tidak Minum
Kala Lepas (Past Tense)んだ (nonda)Minum (sudah lepas)
Kala Lepas Negatifまなかった (nomanakatta)Tidak minum (sudah lepas)
Sedang berlakuんでいる (nondeiru)Sedang minum
Kata Ajakもう (nomou)Jom minum
Kata Bersyaratんだら (nondara)Kalau (saya) minum…
Bagaimana hukum pengubahan kata kerja digunakan, saya akan terangkan lebih mendalam pada nota akan datang.

4. Kata Sopan (Polite form) dan Kata Kasual (Casual Form)

Apabila kita nak nampak sopan atau formal semasa bercakap biasanya kita akan memilih ayat yang lebih baku. Contohnya semasa mesyuarat, bercakap dengan bos, atau dengan orang baru dikenali.

Semasa dengan kawan atau ahli keluarga, kita akan bercakap secara kasual. Dalam bahasa Jepun, perkara ini juga wujud dan ia lebih mendalam lagi.

Gaya percakapan kasual dan sopan/formal mempunyai struktur tatabahasa yang berbeza antara satu sama lain. Bahasa formal atau sopan mereka juga mempunyai level kesopanan tertentu! Saya akan ceritakan pada nota lain.

Bentuk paling asas kata sopan ialah penambahan ‘desu’, ‘masu’ di akhir ayat. Lihat antara perbezaan kata sopan dan kata kasual di bawah:

Kata SopanKata Kasual
ご飯を食べます
Gohan wo tabemasu
Saya makan nasi
ご飯を食べ
Gohan wo taberu
Saya makan nasi
猫がかわいいです
Neko ga kawaii desu
Kucing itu comel
猫がかわいい
Neko ga kawaii
Kucing itu comel
私は先生ではありません
Watashi wa sensei de wa arimasen
Saya bukan guru
私は先生じゃない
Watashi wa sensei jyanai
Saya bukan guru
おはようございます
Ohayou gozaimasu
Selamat pagi
おはよう
Ohayou
Selamat pagi

5. Subjek di dalam ayat akan dibuang kalau sudah disebut pada ayat sebelum

Ini adalah ciri penting ayat bahasa Jepun. Apabila subjek sudah disebut di awal ayat, ia sudah tidak perlu diulang lagi.

Kamus Segera
Subjek ialah perkara utama di dalam ayat yang melakukan kata kerja

Berbeza dengan BM, subjek disebut berulang kali menggunakan kata ganti nama diri. Cuba lihat contoh dibawah. Perkataan ‘dia’ diulang di setiap ayat selepas subjek (Minami) disebut di awal ayat,

Minami pergi ke pejabat menaiki bas. Apabila sampai, dia bersarapan dengan kawannya. Dia akan mula bekerja pada pukul 8 pagi.

Jika diterjemah ke dalam bahasa Jepun, perkataan ‘dia’ (dalam bahasa Jepun ‘kanojo’) tidak perlu disebut,

みなみはオフィスにバスで行きます着いたときに友だちと朝ごはんを食べます8時か仕事を始めます

Okay saya pecahkan satu-satu:

みなみはオフィスにバスで行きます
minami wa ofisu ni basu de ikimasu
Minami pergi ke ofis dengan menggunakan bas

着いたときに、友だちと朝ごはんを食べます
tsuita toki ni, tomodachi to asa gohan wo tabemasu
Apabila sampai, dia bersarapan dengan kawannya

8時か仕事を始めます
Hachi ji kara shigoto wo hajimemasu
Dia mula bekerja pada pukul 8

Nampak kan?

Selagi pendengar tahu siapa yang dimaksudkan dalam satu ayat itu, subjek tidak perlu disebut. Kalau kita bercerita tentang diri sendiri pun, watashi (saya) juga boleh dibuang.

Ini akan menjadikan ayat lebih kedengaran semulajadi. Contoh;

昨日私はパーティーに行きました
Kinou watashi wa pa-tei ni ikimashita
Semalam aku pergi ke parti

Kalau tak tahu siapa yang ingin dimaksudkan baru boleh guna kata ganti nama diri tu. Contoh;

たくみは彼女とパーティーに行きました。彼はシャツを着ました。彼女はドレスを着ました
Takumi wa kanojo to pa-tei ni ikimashita. kare wa shatsu wo kimashita. kanojo wa doresu wo kimashita.
Takumi pergi ke parti dengan teman wanitanya. Dia (lelaki) memakai T-shirt. Dia (wanita) memakai dress

Baiklah! Saya harap korang tak peninglah baca panjang-panjang. Jangan risau kalau tak faham sekarang.

Ini hanyalah nak memberi gambaran kepada korang sebelum memulakan perjuangan mempelajari tatabahasa Jepun yang penuh dengan liku-liku.

Ganbatte!

4 Replies to “Ciri-Ciri Tatabahasa Jepun”

  1. ありがとおうございます Noobkun sangat2 membantu..doakan saya baru nk berjinak dgn Nihongo sbb nk persue U sana …aritgatougozaimasu mo ichido <3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *