Sistem Tulisan Bahasa Jepun

Bahasa Jepun adalah salah satu bahasa yang unik di dunia kerana menggunakan 3 sistem tulisan:

  • Hiragana
  • Katakana
  • Kanji

Cuba lihat ayat dibawah:

私の名前はヌーブです。私はマレーシア人です。
Watashi no namae wa nu-bu desu. Watashi wa mare-sha jin desu.
Nama saya Nub. Saya orang Malaysia

Ayat di atas merangkumi 3 jenis sistem tulisan!

私 (watashi), 名前 (namae): Kanji
の (no), は (ha),です (desu): Hiragana
ヌーブ (nu-bu), マレーシア (mare-sha): Katakana

Menarik kan! Jom tengok satu-satu sistem tulisan bahasa Jepun.

Kanji (漢字)

Tulisan yang berasal dari China dan merupakan tulisan awal digunakan oleh orang Jepun.

Kanji
sumber

Sebelum hiragana dan katakana dicipta, orang Jepun meggunakan kanji. Terdapat beribu-ribu kanji yang wujud dan tiada seorang pun orang Jepun yang dapat hafal kesemuanya.

Bunyi suku kata bahasa Jepun disesuaikan dengan kanji yang mempunyai sebutan yang sama untuk membentuk perkataan bahasa Jepun. Tetapi lama-kelamaan orang Jepun merasakan yang menulis kanji ini menyusahkan.

Maka, sejenis tulisan lebih ringkas adaptasi daripada huruf kanji telah dicipta, iaitu huruf Kana. Kana terbahagi kepada hiragana dan katakana

Dengan huruf Kana perkataan yang mempunyai kanji yang rumit akan diringkaskan. Contoh perkataan dengan kanji yang diubah menjadi hiragana atau katakana,

何処 ➡ どこ (doko = dimana)
何故 ➡ なぜ (naze = kenapa)
鱆 ➡ タコ (tako = sotong kurita)
珈琲 ➡ コーヒー (ko-hi- = kopi) 

Hiragana (平仮名)

Dicipta pada abad ke 8 Masihi, terdapat 46 huruf hiragana diadaptasi daripada kanji.

Intro to Hiragana :: Japanese Lessons - KanaQuest

Cuba lihat bagaimana huruf hiragana berevolusi daripada kanji,

Hitam: Kanji, Merah: Hiragana

Huruf kanji di atas mempunyai sebutan suku kata yang sama dengan huruf hiragana yang berevolusi daripadanya.

Hiragana pada mulanya dicipta untuk urusan tidak rasmi. Ia digunakan oleh orang kebanyakan untuk menulis puisi, surat-menyurat. Manakala kanji pula untuk urusan rasmi.

Tetapi bermula pada abad ke 10 Masihi, hiragana mula digunakan oleh semua lapisan masayarakat dan perlahan-lahan digunakan dalam urusan rasmi juga.

Katakana (片仮名)

Katakana juga mempunyai 46 huruf dengan sebutan yang sama dengan hiraganan. Juga diadaptasi daripada kanji untuk memudahkan cara baca.

Katakana | Japanese Language Wiki | Fandom

Ini adalah bagaimana katakana berevolusi daripada kanji,

Hitam: Kanji, Merah: Katakana

Mengapa hiragana dan katakana dicipta sedangkan keduanya mempunyai sebutan yang sama? Hiragana dan katakana dicipta lebih kurang pada waktu yang sama tetapi dengan tujuan yang berbeza.

Katakana dicipta oleh sami Buddha untuk memudahkan pembacaan kitab-kitab agama. Ia digunakan untuk menulis nota ringkas/anotasi pada tulisan kanji yang rumit pada kitab.

Lihat contoh kanji rumit yang ditukar menjadi katakana:
蜚蠊 ➡ ゴキブリ (gokiburi = lipas)
蟻 ➡ アリ (ari = semut)

Katakana pada mulanya digunakan hanya untuk para cendekiawan dan seterusnya urusan rasmi (kerana agama Buddha dan kerajaan adalah berkait rapat). Berbeza dengan hiragana yang digunakan oleh orang kebanyakan sahaja.

Baca lebih lanjut di forum tentang sejarah hiragana dan katakana [BACA SINI]

Tetapi pada masa kini, katakana juga digunakan untuk pinjaman perkataan asing dan onomatopia (perkataan daripada bunyi-bunyi).

Contoh pinjaman perkataan asing:

Kerja sambilan:  アルバ (arubaito – pinjaman bahasa Jerman ‘arbeit’ bermaksud kerja)
Homo Sapien: ホモ・サピエンス (homo-sapiensu – pinjaman bahasa Inggeris)

Contoh onomatopia:

gulp gulp (minum): ゴクゴク (goku goku)
sok sek sok sek (berbual): ブツブツ (butsu butsu)

Menarik kan? Oh ya, tulisan rumi untuk sebutan bahasa Jepun pula orang Jepun panggil sebagai ローマ字 (romaji).

Tetapi ia tidak dianggap sebagai sebahagian daripada sistem tulisan Jepun. Digunakan hanya untuk membantu orang asing membaca tulisan Jepun.

Kalau korang berminat nak belajar bahasa Jepun, belajarlah sistem tulisan Jepun. Mulakan dengan hiragana dan katakana, diikuti dengan kanji.

Jangan bergantung pada romaji sahaja kerana romaji bukan bahasa Jepun yang sebenar!

featured image [credit]

One Reply to “Sistem Tulisan Bahasa Jepun”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *