5 Frasa Asas Bahasa Jepun Semasa Berkenalan

Semasa berjumpa dengan orang Jepun, pasti perkataan こんにちは (konnichiwa = hai) muncul dalam kepala. Kemudian, apa pula yang korang boleh cakap selepas itu? Ini adalah 5 frasa yang biasa diucapkan semasa berkenalan dengan orang Jepun.

Frasa 1:
(はじ)めまして
(hajimemashite)

BM: Salam perkenalan
Maksud Literal: Pertama kali (berjumpa)

Vokabulari
初めて(hajimete): pertama kali

Jawapan: はい、(はじ)めまして
(Hai, hajimemashite)

BM: Ya, salam perkenalan

Frasa 2:
名前(なまえ)(なん)ですか?
(namae wa nandesuka)

BM: Siapa nama?
Maksud Literal: Nama apa?

Vokabulari
名前 (namae): nama
何 (nan): apa

Jawapan: Nama + desu

Contoh:
みゆきです
miyuki desu

BM: Saya Miyuki
Maksud Literal: Miyuki

💡 Tips perbualan:
Tidak perlu sebut watashi (saya) jika pendengar tahu konteks ayat adalah berkenaan diri sendiri

Frasa 3:
マレーシア人です
(mare-shia jin desu)

BM: Saya orang Malaysia
Maksud Literal: Orang Malaysia

Vokabulari
人 (jin): orang

Soalan yang boleh di tanya:
日本(にほん)ではどこに()んでいますか?
(nihon de wa doko ni sundeimasuka)

BM: Di mana awak tinggal di Jepun?
Maksud Literal: Di Jepun, di mana tinggal?

Vokabulari
日本で (nihon de): Di Jepun
どこに (doko ni): Di mana
住んでいます (sundeimasu): Tinggal

💡 Tips perbualan:
Tidak perlu sebut anata (awak) jika pendengar tahu konteks ayat adalah berkenaan diri pendengar

Frasa 4:
何歳(なんさい)ですか?
(nansai desuka?)

BM: Berapa umur awak?
Maksud Literal: apa umur?

Vokabulari
歳 (sai): penjodoh bilangan untuk umur

Jawapan: Umur+ desu

Contoh:
25歳です
ni juu go sai desu

BM: 25 tahun

Sekiranya korang nak tanya semula kepada penyoal berapa umur mereka, ulang sahaja semula soalan (nansai desuka?)

💡 Tips perbualan:
Jom baca nota tentang umur di sini [BACA]

Frasa 5:
学生(がくせい)さんですか? 
社会人(しゃかいじん)ですか?
(gakusei san desuka?
Syakai jin desuka?)

BM: Belajar atau bekerja?
Maksud Literal: Adakah pelajar? Adakah seorang yang bekerja?

Vokabulari
学生 (gakusei): pelajar
社会 (syakai): masyarakat
社会人 (syakai jin): seorang yang sudah bekerja (dan menyumbang ekonomi kepada masyarakat)

Jawapan (jika belajar):
学生(がくせい)です
(gakusei desu)

BM: Saya pelajar

Jawapan (jika bekerja):
社会人しゃかいじんです
(syakai jin desu)

BM: Saya bekerja

Sekiranya korang nak tanya semula kepada penyoal soalan yang sama, boleh sebut, ‘nama-san wa?’. Contoh: Tanaka san wa? (Tanaka pula?)

💡 Tips perbualan:
Elakkan menyebut ‘anata wa’ sekiranya sudah tahu nama pendengar. Sentiasa bahasakan pendengar dengan nama mereka diikuti dengan ‘san’. Contoh: Mizuki san. Penggunaan anata adalah kurang sopan.

Itu sahaja perkongsian kali ini! Cuba dengar audio dengan teliti dan tiru cara sebutan setiap perkataan dengan betul. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *