3 Tips Cakap Jepun Lebih Semulajadi

Bahasa Jepun mempunyai tingkat-tingkat kesopanan semasa berbual. Bahasa formal biasa digunakan semasa bekerja atau urusan rasmi.

Tatabahasa untuk bahasa formal juga berbeza dengan bahasa kasual yang digunakan semasa berbual dengan kawan atau keluarga.

Kali ini saya nak kongsikan tips bagaimana untuk jadikan cara percakapan kita lebih semulajadi semasa berbual secara kasual dalam bahasa Jepun.

1. Jangan sebut ‘watashi wa’ kalau pendengar tahu yang kita sedang bercakap tentang diri kita.

Orang Jepun sangat jarang menggunakan kata ganti nama diri seperti ‘saya’, ‘kamu’, ‘dia’ sekiranya pendengar sudah tahu siapakah yang dimaksudkan dalam ayat yang diucapkan.

Oleh itu, bila kita berbual tentang diri sendiri, elakkan menggunakan 私は (watashi wa). Terus sahaja ke isi penting. Contohnya,

Contoh 1:

私は日本語(にほんご)()きです

Saya suka bahasa Jepun

Watashi wa nihon go ga suki desu

Baca nota penggunaan desu untuk kata nama [BACA]

Contoh 2:

私は18(じゅうはっ)(さい)です

Saya 18 tahun

Watashi wa 18 (juu hassai) desu

Baca nota vokabulari umur [BACA]

Tapi, bila kita nak ceritakan dua orang atau lebih dalam satu ayat, penting untuk guna ‘watashi wa’ untuk membezakan kita dengan orang lain, bagi tidak mengelirukan pendengar. Contohnya,

(わたし)日本(にほん)()きだけど(かれ)韓国(かんこく)()

Saya suka Jepun tapi dia suka Korea

Watashi wa nihon ga suki dakedo kare wa kankoku ga suki

‘Watashi wa’ juga digunakan sekiranya kita memang nak tekankan yang topik perbualan itu berkenaan dengan diri kita. Terutamanya jika topik sebelumnya adalah berkenaan orang lain.

Kalau ‘watashi wa’ tidak digunakan semasa menukar topik, pendengar akan menganggap kita masih lagi bercerita tentang orang lain.

2. Jangan panggil ‘anata’ kepada pendengar

Dalam bahasa Jepun ada banyak perkataan yang membawa masuk ‘kamu’. Yang paling biasa ialah ‘ANATA’. Perkataan lain adalah seperti KIMI, dan OMAE.

Tapi sebenarnya dalam perbualan seharian, orang Jepun tidak akan menggunakan perkataan ANATA, KIMI, mahupun OMAE kepada pendengar kerana ia dianggap tidak sopan!

Jadi macam mana nak panggil? Boleh sebut nama pendengar dengan tambahan SAN sebagai tanda hormat.

Contoh 1:

ホシさんはマレーシア(じん))ですか?

Hoshi orang Malaysia?

Hoshi san wa mare-shia jin desu ka

Contoh 2:

チョコケーキが()きですよ!シャーさんはどうですか?

Saya suka kek coklat! Sha pula macam mana?

choko ke-ki ga suki desu yo! sya- san wa dou desu ka?

Seperti pada poin pertama, orang Jepun tidak sebut kata ganti nama diri dengan kerap sekiranya pendengar tahu siapa yang dimaksudkan.

Jadi orang Jepun juga tidak sebut ‘kamu’ jika pendengar faham konteks ayat. Boleh terus sahaja ke isi penting. Contoh,

Contoh 1:

ヌーブさんは今どこにいますか?

Nub san kat mana sekarang ni?

Nub san wa ima doko ni imasuka?

Contoh 2:

リカさんはこれたべる?

Rika nak makan tak ni?

Rika san wa kore taberu?

3. Jangan sebut いいえ (iie) bila nak sebut TIDAK dalam perbualan kasual

いいえ (iie) yang bermaksud TIDAK biasanya hanya digunakan dalam suasana formal atau dalam buku manual, mesin, atau papan kenyataan.

Ia kurang digunakan dalam perbualan kerana agak keras sedikit. Jadi bila korang nak cakap tak, boleh gunakan perkataan ini untuk nampak lebih semulajadi,

  • ううん (uun) = tak
  • (ちが)う/(ちが)います (chigau / chigaimasu) = bukan
  • いやー/いやいや (iya.. / iya iya) = taklah

Contoh 1:

A: もう()べましたか?

Dah makan ke?

mou tabemashitaka?

B: ううん。まだ()べますん

Tak. Belum makan.

uun. mada tabemasen

Baca nota kata kerja negatif (cth: tabemasen) [BACA]

Contoh 2:

A: ファタさんですか?

Fatah ke?

Fata san desu ka?

B: (ちが)います(ぼく)アミル(あみる)です

Bukan. Saya Amir

chigaimasu. boku wa amiru desu

Contoh 3:

A: 日本語(にほんご)上手(じょうず)ですね

Bagusnya bahasa Jepun awak

nihon go ga jyouzu desu ne

B: いやーまだまだです

Taklah… belum lagi (fasih)

iya… mada mada desu

Baiklah itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat!

Kalau korang nak dapatkan lebih banyak latihan, nota, dan kuiz, atau nak sokong usaha kecil saya dalam menghasilkan nota bahasa Jepun yang mudah difahami, boleh join geng kecil kami di [SINI].

Saya juga kini di FACEBOOK [KLIK], jangan lupa ikuti saya di sana tau! Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *