Pada artikel yang lepas, saya ada kongsikan berkenaan maksud di sebalik Yoroshiku Onegaishimasu [BACA]. すみません (sumimasen) juga antara ucapan yang kerap kali didengari dalam bahasa Jepun.
Kepada yang mempelajari bahasa Jepun, mungkin korang sedia maklum yang sumimasen bermaksud ‘maaf’. Tapi tahukah anda asal usul perkataan ‘sumimasen’ bukan ‘maaf’.
Jom baca selanjutnya!
Maksud Setiap Perkataan
すみません (sumimasen) sebenarnya asal usul daripada kanji
済みません
yang membawa maksud ‘belum selesai‘
Kata dasarnya adalah daripada perkataan 済む (sumu) yang bermaksud: siap, selesai, lengkap, habis.
Bagaimana すみません (sumimasen) boleh membawa maksud ‘minta maaf’ pula?
Jom lihat bagaimana perkataan 済む (sumu) berevolusi menjadi 済みません (sumimasen),
済む (sumu) = selesai
⇓
済まない (sumanai) = tak selesai
⇓
済まぬ (sumanu) = tak selesai (bahasa lama)
⇓
済みませぬ (sumimasenu) = tak selesai (bahasa lama, bentuk sopan)
⇓
ぬ (nu) dipendekkan menjadi ん, oleh itu 済みませぬ (sumimasenu) menjadi すみません (sumimasen) = tak selesai
Apa yang hendak disampaikan dengan ‘tak selesai’?

Perkataan 済む (sumu) berkongsi asal usul maksud (etimologi) dengan perkataan 澄む (sumu) yg bermaksud jernih, tak keruh, tak bercampur dengan bendasing.
済む (sumu) juga biasa digunakan dalam situasi apabila kita siap menghabiskan suatu kerja, dan tiada lagi yang tersisa. Ia disertakan dgn perasaan puas dan tenang kerana urusan telah diselesaikan.
Apabila すみません/sumimasen (yang berasal daripada perkataan 済まない (sumanai) = tak selesai, tak siap) diucapkan, ia lebih kurang membawa maksud, ‘saya rasa tak tenang kerana ada perkara yg belum selesai antara kita’.
Daripada situ, すみません (sumimasen) dedefinasikan sebagai ‘minta maaf’.
Cara Penggunaan
すみません (sumimasen) boleh digunakan untuk pelbagai situasi. Antara situasi yang korang boleh guna perkataan ini ialah:
1. Meminta maaf semasa berbuat salah
Menyatakan maaf dengan hati tak tenang (tak jernih (澄む/sumu)) kerana telah berbuat salah .
Contoh:
あなたのお弁当を食べてすみません。
Minta maaf sebab dah makan bento awak
2. Semasa nak meminta tolong
Ia sebagai tanda maaf kerana telah menyusahkan orang.
Contoh:
すみません、バス停へはどう行けばいいでしょうか?
Maaf, bagaimana kalau nak pergi ke pondok bas?
3. Memanggil seseorang untuk dapatkan perhatian
Dalam bahasa Inggeris ia sama seperti ‘excuse me‘.
Contoh:
すみません、財布を落としました
Maaf, dompet awak jatuh
4. Apabila dalam keadaan terpaksa mengganggu seseorang
Contoh:
すみません、あなたに電話がかかっています。
Maaf, ada telefon untuk awak
5. Untuk ucapkan terima kasih
Selain arigatou gozaimasu (terima kasih), sumimasen juga boleh diucapkan.
Ia disertai dengan perasaan tak sedap hati kerana ada perasaan terhutang budi (hati tak tenang/tak jernih kerana ada benda tak selesai) atau perasaan serba salah kerana menyusahkan.
Contoh:
A: はい、お茶です
B: あ、すみません
A: Ini tehnya
B: Oh, terima kasih (kerana susah-susah sediakan)
Sebenarnya ada banyak lagi situasi lain yang korang mungkin akan terdengar perkataan sumimasen. Tapi ini adalah antara situasi yang kerap digunakan.
Itu sahaja perkongsian kali ini! Semoga bermanfaat!
Rujukan: gogen-allguide.com