Bagi mereka yang mempelajari bahasa Jepun, atau ingin melanjutkan pelajaran di Jepun, mesti pernah dengar tentang JLPT.
Apa itu JLPT? Ia adalah sebuah ujian bahasa Jepun, pendek daripada Japanese Language Proficiency Test atau Ujian Kecekapan Bahasa Jepun.
Sijil JLPT laku kalau nak belajar atau berkerja di Jepun. Kebiasaannya, bila nak memohon universiti atau berkerja di Jepun, antara syarat yang dikehendaki ialah sijil JLPT.
Ada juga yang mengambil JLPT sebagai kepuasan setelah penat lelah belajar bahasa Jepun.
Di sini saya nak kongsikan mengenai apa yang korang kena tahu kalau nak ambil JLPT buat kali pertama!
Tahap-Tahap JLPT
JLPT ada 5 tahap. N1, N2, N3, N4, N5. N1 untuk tahap paling fasih, N5 untuk tahap permulaan.
Berikut adalah maksud lebih lanjut untuk setiap tahap,
Tahap N5
Keupayaan untuk memahami sedikit bahasa Jepun asas.
Tahap N4
Keupayaan untuk memahami bahasa Jepun asas.
Tahap N3
Keupayaan untuk memahami bahasa Jepun yang digunakan dalam situasi sehari-hari hingga tahap tertentu.
Tahap N2
Keupayaan untuk memahami bahasa Jepun yang digunakan dalam situasi sehari-hari, dan dalam pelbagai keadaan hingga tahap tertentu.
Tahap N2 biasanya tahap yang diperlukan kalau korang nak belajar ijazah di Jepun dalam bahasa Jepun sepenuhnya, atau berkerja di syarikat Jepun yang menggunakan bahasa Jepun.
Tahap N1
Keupayaan untuk memahami bahasa Jepun digunakan dalam pelbagai keadaan.
Ini adalah tahap paling susah dalam JLPT. Tahap N1 mempunyai kefasihan yang dah hampir sama macam orang Jepun.
Dikatakan tahap kesusahan ujiannya sama seperti bahasa Jepun menengah rendah (kalau di Malaysia macam tahap PMR/PT3)
Setiap tahap ini mempunyai silibus pelajaran yang ditetapkan sesuai dengan tahap. Silibus JLPT merangkumi vokabulari, tulisan kanji, dan tatabahasa.
Apa format JLPT?
Pernah ambil ujian MUET? begitulah JLPT. Korang kena pergi dewan peperiksaan dan jawab soalan di atas kertas. JLPT tiada pilihan online, kena datang ke pusat peperiksaan yang ditetapkan.
JLPT ada beberapa jenis bahagian. Semua bahagian diambil pada hari yang sama. Saya kongsikan apa bahagian yang ada dalam bentuk jadual;
Tahap N5 | Ujian Vokabulari (25 minit) | Ujian Tatabahasa (50 minit) | Ujian Mendengar (30 minit) |
Tahap N4 | Ujian Vokabulari (30 minit) | Ujian Tatabahasa (60 minit) | Ujian Mendengar (35 minit) |
Tahap N3 | Ujian Vokabulari (30 minit) | Ujian Tatabahasa (70 minit) | Ujian Mendengar (40 minit) |
Tahap N2 dan N1 dia lain sikit,
Tahap N2 | Pemahaman (vokabulari/tatabahasa) – ujian membaca (105 minit) | Ujian Mendengar (50 minit) |
Tahap N1 | Pemahaman (vokabulari/tatabahasa) – ujian membaca (110 minit) | Ujian Mendengar (60 minit) |
Berbeza dengan MUET, JLPT tiada ujian lisan dan bertulis. Nasib baiklah!
Bila JLPT diadakan?
Julai dan Disember setiap tahun. Tapi korang kena double check juga dengan pusat peperiksaan terdekat. Ada pusat yang hanya membuat peperiksaan sekali setahun.
Harga?
N5 dan N4: RM 140
N3 , N2 dan N1: RM 180
Di mana boleh ambil JLPT?
JLPT boleh diambil di Kuala Lumpur, Penang, Ipoh, Johor Bahru, dan Kota Kinabalu.
Macam mana nak daftar?
Boleh ke laman web berikut,
Semua maklumat boleh didapati di laman web tersebut.
Untuk mengetahui apa yang korang kena buat sebelum, semasa dan selepas mendaftar, dan juga cara-cara untuk membuat pembayaran, korang boleh layari laman web ini,
Nota: Pautan pendaftaran boleh dibuka semasa tempoh mendaftar sahaja.
Yang paling penting, kalau ada sebarang masalah, korang boleh email ke jlsm.enquiries@gmail.com. Mereka cepat balas email, Jangan risau! Telefon pun boleh juga.
Semua maklumat tentang JLPT dah ada dalam laman web tersebut. Baca betul-betul tau!
Bila boleh mendaftar?
Kebiasaannya, untuk peperiksaan bulan Julai, pendaftaran akan dibuka pada bulan April. Untuk peperiksaan bulan Disember, boleh mendaftar pada bulan Ogos.
Tempoh pendaftaran lebih kurang 1 minggu. Untuk kepastian maklumat, korang boleh layari laman web itu.
Peperiksaan akan diadakan pada hari Ahad minggu pertama bulan Julan/Disember
Tips tambahan sebelum, semasa, dan selepas JLPT
Sebelum hari peperiksaan
- Pastikan korang simpan dan print slip yang diemelkan oleh pihak JLSM. Slip itu mengandungi segala butiran seperti angka giliran korang untuk kegunaan pada hari ujian nanti.
Semasa hari peperiksaan
- Pastikan alat tulis semua cukup. Bawa air dan snek kalau korang jenis yang cepat dahaga dan lapar.
- Pastikan korang pergi awal terutamanya bagi mereka yang memandu sendiri. Tempat letak kereta yang dekat dengan dewan ujian adalah terhad. Jadi, siapa cepat dia dapat!
- Jangan lupa bawa SWEATER atau pakai baju yang tebal. Kebiasaannya dewan peperiksaan sangat sejuk, lagi-lagi kalau hujan habis menggigil satu badan!
- Sebelum Ujian Mendengar, mereka akan adakan sound check. Kalau korang rasa kurang jelas, angkat tangan dan bagitahu. JANGAN MALU!
Selepas Peperiksaan (tips untuk yang ambil JLPT di KL)
- Peperiksaan diadakan di UCSI, Taman Connaught. Tempat letak kereta di dalam kampus adalah berbayar. Jadi pastikan korang ada DUIT KECIL untuk bayar parking.
Rasanya itu sahaja yang perlu korang tahu. Yang paling penting, sentiasa bertenang sebelum dan semasa menduduki ujian JLPT!
Ganbatte!
Nota kaki: Tulisan ini adalah perkongsian daripada kawan Nub tau. Nub tak ambil JLPT lagi… 🥺
Tulisan ini dikemaskini pada: 3 April 2022
Salam, saya nak tanya. Boleh ke if kita skip paper? Sbb saya dah pernah belajar Jepun masa sekolah dan ambil exam SPM Jepun. Boleh ke saya skip N5 terus ambil N4 or N3?
Boleh, tiada masalah!
Jadi kiranya untuk permulaan ambil N5?
Betul!
Saya ini sebenarnya dari umur 10 tahun saya minat betul bahasa jepun sampaikan saya tulis nota dan ingat..
Sekarang,2021..
Umur saya 14 tahun,saya nak masuk jlpt? Jlpt boleh untuk siapa?umur berapa,di mana?
Saya harap dengan kesungguhan dan minat saya akan dapat meneruskan bahasa jepun❤
Tahniah sebab minat belajar jepun. Lebih awal mula belajar lebih bagus. Rasanya tiada had umur. Yang penting banyak buat latihan. Untuk tempat exam, boleh baca di post ini.
sy nak sit jlpt utk amik dip in graduate studies, berbaloi tak Nub
kalau study awak nanti ada berkaitan dengan jepun atau kerja company jepun, dia mmg added value juga tu. Tapi at least cuba capai sampai N3
Assalamualaikum. Kalau Nak amik JLPT boleh belajar sendiri ke atau wajib ambil kelas Jepun? Saya nak tahu syarat tu.
Tidak wajib ambil kelas 🙂
buku mana nak cri mmg duk nak belajar
Boleh beli di kinokuniya online 🙂
Belajar sendiri ke?
Ya. saya belajar sendiri setakat ini. Melalui youtube, buku dan website 😀
tuan tahun ni ada lagi ke JPLT.
Setakat ini belum ada lagi kata kena cancel. So insyaAllah ada.