Slang Jepun: Terima kasih ➡ Azasu?

Siapa yang suka tengok anime atau drama jepun mesti korang pernah dengar dorang sebut ‘Azasu!’ bila ucap terima kasih. Dari mana datangnya Azasu?

Ia sebenarnya berasal daripada ucapan penuh terima kasih dalam bahasa Jepun iaitu,

ありがとうございます
Arigatou gozaimasu

Azasu (あざす) adalah ringkasan, A daripada Arigatou, ZA dan SU daripada goZAimaSU

Apabila arigatou gozaimasu dengan laju, lama-kelamaan ia menjadi ringkas sehingga menjadi Azasu sahaja. Apabila disebut laju, ia akan kedengaran seperti ‘AZASSS’

Disebabkan ini ialah slang, ia tidak digalakkan untuk digunakan dalam suasana formal. Jadi gunakan sahaja dengan kawan-kawan yang rapat. Slang ini biasanya digunakan oleh lelaki.

あざす!
AZASU!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *