Cara Penggunaan: YOUNINARU [ようになる]

Hai! Saya Nyanko. Dah lama tak berkongsi di sini. Baru-baru ni, saya ada terjumpa frasa ようになる dalam sebuah novel. Saya rasa nak berkongsi dengan semua cara penggunaan frasa ni.

Frasa ようになる ialah gabungan perkataan ように dan なる. なる di sini merujuk kepada perubahan. ようになる merujuk kepada perubahan perbuatan/perlakuan seseorang.

ようになる perlu digabungkan bersama kata kerja [動詞(どうし)]. Jom baca nota di bawah untuk fahamkan cara penggunaannya dengan lebih mendalam.

Fungsi ようになる

Ada dua fungsi ようになる, jom kita lihat satu per satu!

1) Untuk Menyatakan Perubahan Dalam Tabiat

Frasa ini digunakan bila kita dah mula buat sesuatu yang kita tak buat dulu.

Contoh: Dulu tak makan sayur, sekarang dah makan sayur.

Jadi, macam mana nak sebut dalam Bahasa Jepun? Paling penting, kita kena gabungkan kata kerja dengan frasa ini seperti di bawah:-

Kata Dasar Kata Kerja + ようになる

Contoh: べる + ようになる

Contoh 1:

野菜(やさい)()べるようになりました。

[sekarang saya] dah makan sayur.

ようになりました, ialah bentuk kala lepas, untuk merujuk yang kita sudah mula makan sayur sekarang.

Maksud contoh 1 di atas boleh diertikan seperti berikut:-

(むかし)野菜(やさい)()べませんでした。(いま)野菜(やさい)()べます。

Dahulu [saya] tak makan sayur. Sekarang [saya] makan sayur.

Contoh 2:

小説(しょうせつ)()むようになった。

[sekarang saya] dah baca novel .

2) Untuk Menyatakan Perubahan Dalam Kemahiran/Kemampuan

Kita juga boleh guna frasa ini untuk merujuk kepada perbuatan yang kita tak mampu buat dahulu, tapi sudah mampu buat sekarang.

Contoh: Dulu tak boleh berenang, sekarang dah boleh berenang.

Sedikit kelainan dengan fungsi pertama, fungsi ini melibatkan gabungan:-

Kata Kerja [kala kini] Bentuk Potensi (potential form) + ようになる

Contoh: られる + ようになる

Contoh 1:

(しん)さんは(およ)げるようになりました。

[sekarang]Shin-san dah boleh berenang.

Tatabahasa (Kata Kerja Bentuk Potensi)
(およ)(oyogu) ➡ (およ)げる (oyogeru)

Contoh 2:

日本語(にほんご)(はな)せるようになるよ。

[nanti awak] akan boleh bercakap dalam Bahasa Jepun.

Pada contoh di atas, bentuk kala kini (ようになる) digunakan, untuk merujuk bahawa orang itu akan mampu berbahasa Jepun di masa akan datang.

Tatabahasa

(はな)す(hanasu) ➡ (はな)せる (hanaseru)

Itu sahaja yang saya nak kongsikan dengan anda semua! Harap semua dapat guna frasa ni bila perlu.

Jumpa lagi! 😸

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *