Format TEIRU/TEIMASU – Kata Kerja 動詞 (Doushi) Bhg. 7

Hi semua! Lama tak jumpa kan. Harapnya korang dah ingat tentang asas kata kerja seperti yang kita dah bincangkan sebelum ini. Kali ini Nyanko nak kongsikan kata kerja format て (te) sebagai fungsi berikut:

  • Untuk perbuatan yang kita sedang lakukan
  • Untuk perbuatan yang kita lakukan secara berterusan
  • Untuk menyatakan situasi yang berlaku secara am
  • Untuk menyatakan rutin atau perbuatan yang dilakukan secara berulang kali
  • Untuk menyatakan penampilan/keadaan seseorang/sesuatu

Tapi sebelum saya teruskan, sesiapa yang lupa cara nak konjugasikan kata kerja dasar kepada format て, boleh baca nota di [SINI] ya!

Kata Kerja Format て + いる/います

Format ている atau ています ini dipanggil sebagai kata kerja berterusan atau progressive form (verb+ing).

Untuk nota kali ini, kita akan lihat dalam bentuk kala kini (present tense).

Selepas menukar kata kerja dasar kepada format て, kita cuma perlu tambahkan perkataan いる (untuk bentuk kasual) atau います (untuk bentuk formal).

Contoh: たべ ➡ たべ ➡ たべている @ たべています

ている juga boleh dipendekkan menjadi てる untuk lebih kasual dan lebih natural apabila bercakap dalam seharian.

contoh: たべている ➡ たべてる

Fungsi ~ている/います

Ada beberapa fungsi untuk format ini, kita akan lihat satu per satu ya!

1. Untuk Menyatakan Perkara Yang Sedang Dilakukan Sekarang

Jom kita lihat contoh untuk memahami dengan lebih lanjut.

Contoh 1:

(はん)()べている。

[saya] sedang makan.

Semasa kita mengatakan ayat tersebut, kita mestilah berada dalam keadaan sedang makan.

Contoh 2:

(はは)電話(でんわ)をしています。

[saya] sedang menelefon ibu.

2. Untuk Menyatakan Perkara Yang Berlaku Secara Berterusan

Selain daripada menyatakan perkara yang kita sedang lakukan, ている juga boleh digunakan untuk menyatakan suatu perkara atau perbuatan yang sedang berlaku dari satu masa sehingga waktu ia diucapkan. Iaitu perkara yang sedang berlaku secara berterusan.

Contoh seperti di bawah.

Contoh 1:

二年間日本語(にねんかんにほんご)勉強(べんきょう)している。

[saya] telah belajar Bahasa Jepun selama 2 tahun.

Untuk konteks ini, kita sedang belajar Bahasa Jepun sejak 2 tahun lepas hingga saat perbualan itu berlaku.

Contoh 2:

さいきん園芸(えんげい)流行(りゅうこう)しています。

Sejak-sejak ni, berkebun dah menjadi trend.

Maksudnya, sejak (mungkin) beberapa minggu atau bulan lepas sehingga saat kata-kata itu diucapkan, hobi berkebun telah menjadi ikutan ramai.

3. Untuk Menyatakan Situasi Yang Berlaku Secara Am

Format ている juga digunakan apabila ingin menyatakan apa yang sedang kita lakukan secara am, bukan hanya ketika berlakunya perbualan itu.

Tempoh masa sejak bila perbuatan itu berlaku tidak perlu untuk dinyatakan. Jom kita lihat contoh!

Contoh 1:

ニャンコ(にゃんこ)ちゃんはKL()()んでいます。

Nyanko chan tinggal di KL.

Ayat ini menyatakan secara am bahawa Nyanko tinggal di KL. Walaupun jika dia berada di tempat lain semasa ia diucapkan, bentuk ‘すんでいます’ (sundeimasu / tinggal) harus digunakan kerana dia masih menetap di KL semasa diucapkan.

Contoh 2:

(にい)さんは日本(にほん)留学(りゅうがく)しています。

Abang (saya sedang) belajar di Jepun.

Ayat ini hanya menyatakan yang ‘abang’ sedang belajar di Jepun. Tempoh belajar itu tidak dinyatakan kerana kita cuma nak memberitahu secara am sahaja.

4. Untuk Menyatakan Rutin Atau Perbuatan Yang Dilakukan Secara Berulang Kali

Kata kerja format ている juga digunakan untuk menyatakan perkara yang kita lakukan secara rutin atau berulang kali.

Contoh 1:

毎晩(まいばん)(ほん)()んでいる。

[saya] membaca buku setiap malam.

Contoh 2:

いつもフライドチキン(ふらいどちきん)()べているよね。

[awak] selalu makan ayam goreng kan.

Saya harap contoh-contoh di atas jelas untuk semua!

5. Untuk Menyatakan Penampilan/Keadaan Seseorang/Sesuatu

Kata kerja format ている juga digunakan untuk kita menyatakan penampilan seseorang atau benda, dan juga untuk menerangkan suatu keadaan.

Jom kita lihat contoh untuk lebih memahami cara penggunaanya!

Contoh 1:

エアコン(えあこん)をついています。

Penghawa dingin dihidupkan.

Ini adalah untuk menyatakan bahawa penghawa dingin itu dalam keadaan sedang hidup.

Contoh 2:

トイレ(といれ)ネズミ(ねずみ)()んでいる。

Dalam tandas ada tikus yang mati.

Kita hendak menyatakan keadaan tikus yang sudah mati itu berada di dalam tandas.

Tahniah kerana anda sudah berjaya sehingga ke bahagian 7 kata kerja!

Setakat ini, kita dah belajar:-

Bhg. 1: Tiga Kumpulan Kata Kerja [BACA]

Bhg. 2: Kata Kerja Kala Kini [BACA]

Bhg. 3: Kata Kerja Kala Kini Negatif [BACA]

Bhg. 4: Kata Kerja Kala Lepas [BACA]

Bhg. 5: Kata Kerja Kala Lepas Negatif [BACA]

Bhg. 6: Kata Kerja Format て [BACA]

Bhg. 7: Kata Kerja (Format て + いる/います)

Tambahan nota penggunaan て untuk aras pemula atas (upper beginner):
Cara penggunaan TE SHIMAU / CYAU [BACA]

Saya amat bangga dengan usaha semua! Entri seterusnya saya akan kongsikan cara penggunaan format て + いる/います bagi kala lepas pula. Nantikan!

Jumpa lagi! 😸

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *