Penggunaan Partikel も (mo) Bhg. 1

Partikel も (mo) sangat berguna dalam perbualan seharian. Ia boleh menggantikan partikel lain seperti が (ga), は (wa), を (wo), atau digunakan bersama に (ni) +も (mo) atau で (de) + も (mo).

Berikut adalah fungsi も (mo):

  • Fungsi 1: kata nama + も (mo) sebagai kata inklusif untuk merangkumkan sesuatu
  • Fungsi 2: nombor + も (mo) untuk menegaskan kuantiti sesuatu
  • Fungsi 3: kata tanya + も (mo) untuk memasukkan atau mengecualikan sesuatu daripada kenyataan
  • Fungsi 4: kata nama + も (mo) untuk menekankan suatu topik dengan perasaan positif/negatif

Fungsi 1: Partikel も (mo) digunakan untuk merangkumkan sesuatu perkara dengan perkara lain (inclusive topic particle)

Dalam bahasa Melayu, ia bersamaan dengan ‘juga’ dan ‘pun’. Cuba lihat bagaimana partikel lain digantikan menjadi も (mo),

Contoh 1 (wa ➡ mo)

(ぼく)()きたい!() (ぼく)()きたい! 

Saya nak pergi ➡ Saya juga/pun nak pergi

Bila menggunakan は (wa), ayat itu cuma nak kata ‘saya nak pergi’. Tapi apabila ‘も’ (mo) digunakan, ‘saya’ itu merangkumkan (memasukkan) dirinya untuk pergi bersama kawannya (walaupun konteks tidak dinyatakan dalam contoh)

Contoh 2 (wo ➡ mo)

(ほん)()ったよ ➡ (ほん)()ったよ

Saya beli buku ➡ Saya juga/pun beli buku

Bila menggunakan を (wo), ayat itu cuma nak kata ‘saya beli buku’. Tapi apabila ‘も’ (mo) digunakan, ‘saya’ itu merangkumkan aktiviti membeli buku dengan aktiviti lain atau mengatakan dia membeli buku seperti orang lain (konteks tiada disebut dalam contoh ini)

Contoh 3 (ga ➡ mo)

寿司(すし)()きです➡ 寿司(すし)()きです

Saya suka sushi ➡ Saya juga/pun suka sushi

Contoh 4 ( de ➡ で+も de+mo)

バス(ばす)()けるよ ➡ バス(ばす)でも()けるよ 

Awak boleh pergi dengan menggunakan bas ➡ Awak boleh pergi dengan menggunakan bas juga

Contoh 5 ( ni ➡ に+も ni+mo)

KFC()日本(にほん)ある ➡ KFC()日本(にほん)にもある 

Di Jepun ada KFC ➡ Di Jepun juga/pun ada KFC

Contoh lain,

()ー: 今日(きょう)(いそが)しい?
Ri: Harini sibuk?

スミス(すみす): うん、(いそが)しい。
Smith: Ya. sibuk.

()ー: 明日(あした)は?
Ri: Esok?

スミス(すみす)明日(あした)(いそが)しい。
Smith: Esok pun sibuk

()ー: あさっては?
Lusa?

スミス(すみす): あさって
Smith: Lusa pun

()ー: 本当(ほんとう)
Ri: Biar betul? 

Vokabulari:
今日 (kyou): Hari ini
明日 (ashita): Esok
あさって (asatte): Lusa
忙しい (isogashii): Sibuk

ゆき: オレンジジュ(おれんじじゅ)()ください
Yuki: Saya nak jus oren

みな: (わたし)(おな)じです(
Mina: Saya pun sama juga.

Vokabulari:
同じ (onaji): sama

Baca nota untuk belajar memesan makanan di SINI

も (mo) boleh digunakan beberapa kali dalam satu ayat untuk senaraikan dua atau lebih kata nama. Contohnya;

(いぬ)(ねこ)とり()きです。

Anjing saya suka, kucing saya suka, burung pun saya suka

も (mo) juga boleh digunakan sebelum kata nama/adjektif terakhir dalam senarai yang mengandungi dua atau lebih kata nama/adjektif. Contohnya;

彼女(かのじょ)はきれいだし(やさ)しいし(あたま)いいから(みな)人気(にんき)がある。

Dia dah lah cantik, baik, pandai pun ya juga, sebab tu popular dengan semua orang

Vokabulari:
きれい (kirei): cantik
優しい (yasashii): baik
頭がいい (atama ga ii): pandai (literal: otak bagus)
皆 (mina): mereka/korang/semua orang
人気 (ninki): popular

Tatabahasa lain:
し (shi) digunakan untuk senaraikan sesuatu
から (kara): oleh sebab itu (dalam konteks ini)

Apabila も (mo) digunakan bersama kata nafi (ではない = de wa nai ) ia akan menjadi seperti ini;

ない ➡ でない

Contoh,

(かれ)は「Lah」の使(つか)(かた)()らないしマレ(まれ)シア(しあ)(じん)ない

Dia mana tahu cara guna ‘Lah’, dia bukan orang Malaysia pun

Vokabulari:
使い方 (tsukai kata): cara penggunaan
知らない (shiranai): tak tahu

Tatabahasa lain:
し (shi) digunakan untuk senaraikan sesuatu
*nota tambahan: kata lebih kasual untuk ではない (de wa nai) ialah じゃない
(jyanai)

Itu sahaja untuk fungsi yang pertama! Cuba bina ayat menggunakan も (mo) di ruangan komen.

Saya akan sambung fungsi lain pada nota akan datang. Nantikan!

AKAN DATANG
Fungsi 2: nombor + も (mo) untuk menegaskan kuantiti sesuatu itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *