Beza 閉める (shimeru) dan 閉じる (tojiru) = Tutup?

Dalam bahasa Jepun, ada beberapa perkataan yang membawa maksud ‘tutup’. Ia menggunakan kanji yang sama tetapi sebutan dan cara penggunaannya adalah sedikit berbeza.

Kali ini saya akan terangkan beza beberapa perkataan ‘TUTUP’ dan cara penggunaan;

  • 閉める (shimeru) dan 閉まる (shimaru)
  • 閉じる (tojiru)
  • Ekstra: 閉ざす (tozasu)

閉める (shimeru) dan 閉まる (shimaru)

Secara ringkasnya perbezaan kedua perkataan ini ialah,

閉める (shimeru) = kata kerja transitif

閉まる (shimaru) = kata kerja tak transitif.

Secara ringkasnya,

Kata kerja transitif

Melibatkan objek. Objek menerima kesan daripada kata kerja yang dilakukan oleh subjek

Contoh: Saya makan nasi.
Makan’ ialah kata kerja transitif. Saya (subjek) melalukan kata kerja (makan) dan objek (nasi) menerima kesan daripada kata kerja (makan)

Kata kerja tak transitif

Tiada penglibatan objek. Subjek itu membuat kata kerja dengan sendirinya

Contoh: Dompet hilang
‘Hilang’ ialah kata kerja tak transitif. Dompet (subjek) tidak memerlukan objek untuk menerima kesan daripada kata kerja (hilang) itu. Ia berlaku tanpa objek, terjadi dengan sendirinya.

Dah dapat bayangan sedikit?

Nota: Saya akan buat nota kata kerja transitif dengan lebih lanjut pada nota akan datang okay!

Kedua-dua 閉める (shimeru) dan 閉まる (shimaru) biasa digunakan untuk menutup sesuatu yang boleh dilalui/dimasuki. Contoh, pintu, tingkap, kedai.

閉める (shimeru)

Jom lihat contoh 閉める (shimeru, kata kerja transitif):

(まど)()める(

Saya menutup tingkap

(かれ)バタン(ばたん)ドア(どあ)()めた

Dia menghempas pintu

Vokabulari tambahan
バタンと (batan to): dengan menghempas (with a slam
)

閉まる (shimaru)

Jom lihat contoh 閉まる (shimaru, kata kerja tak transitif – tanpa objek) pula;

あのレストラン(れすとらん)何時(いつ)()まる?

Pukul berapa restoran itu tutup?

ドア(どあ)()まる(おと)()いた

Saya dengar bunyi pintu tertutup

Vokabulari tambahan
音 (oto): bunyi

閉じる (tojiru)

閉じる (tojiru) yang juga bermaksud ‘tutup’ boleh berfungsi sebagai kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

閉じる (tojiru) biasa digunakan untuk menutup sesuatu yang memang tidak boleh dimasuki/dilalui. Contohnya seperti laptop, buku, mata, payung.

Berbeza dengan pintu, kedai, tingkap, ia sesuatu yang boleh dimasuki. Tapi mata, buku, payung tak boleh dilalui.

閉じる (tojiru) juga digunakan untuk sesuatu yang abstrak, seperti ‘tutup cerita’, ‘tutup bisnes’, ‘tutup kes’ dll.

Jom lihat contoh ayat:

ドキュメント(どきゅめんと)保存(ほぞん)して()じる

Save dokumen dan tutup

(くち)()じる

Tutup mulut

ダイアログ(だいあろぐ)ボックス(ぼっくす)()じるにはEsc()()ーを()してください

Tekan butang Esc untuk menutup dialog box

その物語(ものがたり)(かれ)()(まく)()じる

Kisah itu ditutup/berakhir dengan kematiannya

Vokabulari tambahan:
幕 (maku): tirai
幕を閉じる (maku wo tojiru): menutup tirai, berakhir (kisah, persembahan, sejarah)

Ada masanya 閉じる (tojiru) juga digunakan untuk menutup pintu. Contoh,

ドア(どあ)()じるとすぐに(だれ)かがノック(のっく)してる

Bila aku tutup pintu, terus ada seseorang mengetuk

Apa bezanya dengan ドアを閉める (doa wo shimeru = menutup pintu)?

ドアを閉じる (doa wo tojiru) fokus kepada gerakan (motion) pintu itu tertutup. ドアを閉める (doa wo shimeru) pula fokus kepada perbuatan pintu itu ditutup.

Ekstra: 閉ざす (tozasu)

Perkataan ini digunakan dalam situasi menutup untuk menghalang sesuatu daripada masuk/keluar.

Ia merupakan kata kerja transitif yang memerlukan subjek + objek. Ia biasa digunakan untuk situasi yang negatif/kurang baik.

Contoh:

(こころ)()ざす

Menutup hati (daripada menerima cinta/idea daripada orang lain)

(みち)(ゆき)()ざされていた。(みち)(ゆき)()ざされていた。

Jalan itu ditutup (terhalang) oleh salji


(くち)()ざす

Menutup mulut (daripada berkata apa-apa)

港口(みなとくち)()ざす

Menutup pintu pelabuhan (kapal dihalang masuk)

Kesimpulan

  • 閉まる (shimaru): kata kerja tak transitif, tutup sesuatu yang boleh dilalui
  • 閉める (shimeru): kata kerja transitif, tutup sesuatu yang boleh dilalui
  • 閉じる (tojiru): kata kerja transitif/tak transitif, tutup sesuatu yang tak boleh dilalui (buku, mata, mulut), atau tutup sesuatu yang abstrak (tutup kes)
  • 閉ざす (tozasu): kata kerja transitif, tutup untuk menghalang sesuatu daripada keluar/masuk

Boleh faham tak? Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *