Kala Kini (Present Tense) – Kata Kerja 動詞 (Doushi) Bhg. 2

Hai, Nyanko-chan di sini! Saya kawan Nub dan saya nak kongsikan nota saya dengan semua. Korang dah baca nota saya bahagian pertama? Kalau belum, jom baca dulu! 😸

Kata Kerja 動詞 (Doushi) – Bhg. 1 [BACA]

Sekarang korang dah tahu ada 3 kumpulan kata kerja. Kali ini kita akan teruskan dengan situasi yang pertama iaitu apabila kata kerja berada dalam keadaan Kala Kini (Present Tense).

Saya akan terangkan bagaimana kata kerja mengalami perubahan (konjugasi) apabila ia dalam situasi kala kini – untuk kasual dan formal. Ketiga-tiga kumpulan mempunyai peraturan yang sedikit berbeza.

Jom lihat satu-persatu!

Kala Kini (Present tense)

Sama seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kata kerja untuk Kala Kini bagi ayat kasual untuk Bahasa Jepun juga menggunakan kata dasar. Tiada perubahan yang perlu dilakukan kepada kata kerja tersebut.

Manakala untuk ayat formal, sedikit perubahan perlu dilakukan kepada kata kerja dan ia perlu disusuli dengan ます (masu).

Jom kita tengok bagaimana kata kerja berkonjugasi untuk kala kini bagi Kumpulan 1 pada jadual di bawah!

五段動詞ごだんどうし (Kumpulan 1)

Untuk ayat formal Kumpulan 1, kita perlu menukarkan perkataan akhir kata kerja itu menjadi sebutan i, contohnya う(u) menjadi い(i), つ(tsu) menjadi ち(chi), dan seterusnya, kemudian diikuti dengan ます (masu).

Korang boleh tengok dengan lebih lanjut pada jadual di bawah.

Perkataan
Akhireli
Ayat Formal Contoh
(Ayat kasual →

Ayat Formal)
います

kau
Beli

います
kaimasu
Beli
ちます

matsu
Tunggu

ちます
machimasu
Beli
ります

kiru
Potong

ります
kirimasu
Beli
みます     

nomu
Minum

みます
nomimasu
Beli
にます       

shinu
Mati

にます
shinimasu
Beli
びますさけ

sakebu
Jerit
さけ
びます
sakebimasu
Beli
きます

kiku
Dengar

きます
kikimasu
Beli
ぎます

nugu
Tanggal (cth:baju)

ぎます
nugimasu
Beli
しますはな

hanasu
Cakap
はな
します
hanashimasu
Beli

Jom lihat contoh ayat di bawah dan lihat perbezaan bentuk kata kerja semasa ayat kasual dan ayat formal:-

Ayat Kasual

(かれ)(なに)()

Dia beli apa?

Ayat Formal:

()()ーで牛乳(ぎゅうにゅう)()います()

[Saya] membeli susu lembu di pasaraya

一段動詞いちだんどうし (Kumpulan 2)

Untuk Kumpulan 2, penukaran kepada ayat formal adalah sama bagi kata kerja yang berakhir dengan ~いる atau ~える. Senang je nak ingat! Lihat jadual di bawah untuk lebih jelas,

Perkataan AkhirAyat FormalContoh
(Ayat kasual →

Ayat Formal)

ます


miru
Lihat


食べ
taberu
Makan

ます
mimasu
Lihat


食べます
tabemasu
Makan
Perkataan る dibuang diganti dengan ます.

Sekarang kita lihat bagaimana nak guna kata kerja Kumpulan 2 ini dalam ayat kasual dan formal.

Ayat Kasual

(さかな)()べる。

[Saya] makan ikan.

Ayat Formal

ここで()べます。

[Saya] makan di sini.

Faham kan? 😺

変格動詞へんかくどうし (Kumpulan 3)

Seterusnya kita pergi ke kumpulan kata kerja terakhir. Perhatikan perubahan yang berlaku pada kata kerja する (suru) dan くる (kuru) semasa ayat formal,

Perkataan AkhirAyat FormalContoh
(Ayat kasual →

Ayat Formal)
~する
buat
するしますべんきょう
勉強する
benkyou suru
belajar
べんきょう
勉強します
benkyou shimasu
belajar


kuru
datang

ます
kimasu
datang
Bacaan kanji 来 adalah berbeza apabila ditukar menjadi ayat formal (kuru ➡ kimasu)

Jom lihat contoh ayat,

Ayat Kasual

Contoh 1:

勉強(べんきょう)する()がない

[Saya] tak ada mood nak belajar.

Contoh 2:

明日家(あしたいえ)友達(ともだち)()る。

Kawan [saya] datang ke rumah [saya/kita] esok.

Ayat Formal

Contoh 1:

毎日英語(まいにちえいご)勉強(べんきょう)しますか。

[Awak] belajar Bahasa Inggeris setiap hari ke?

Contoh 2:

(かれ)はすぐに()ます。

Dia akan datang terus ke sini.

Harapnya korang dapat faham entri saya kali ini. Korang bolehlah cuba bina ayat sendiri dan praktis dengan kawan-kawan. Nak cuba tulis contoh ayat di ruangan komen pun boleh!

Entri seterusnya saya akan terangkan tentang perubahan bentuk kata kerja apabila dalam kata negatif. Kita nak tengok macam mana nak kata tidak (+ kata kerja) dekat orang!

Baca Bahagian 3: [BACA]

2 Replies to “Kala Kini (Present Tense) – Kata Kerja 動詞 (Doushi) Bhg. 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *