Kata Kerja Bahasa Jepun 動詞 (Doushi) – Bhg. 1

Hai, Saya Nyanko-chan, kawan Noob Jepun! Saya suka bahasa Jepun dan saya nak kongsikan nota Jepun saya dengan Nub dan kawan-kawan Nub yang lain.

Terima kasih Nub, kerana beri saya peluang berkongsi di laman web ini. Semoga nota saya bermanfaat untuk semua!

Untuk entry saya yang pertama, saya nak kongsikan berkenaan Kata Kerja. Kalau nak tahu, penggunaan Kata Kerja dalam Bahasa Melayu dengan Bahasa Jepun ada perbezaannya.

Sebagai permulaan, korang boleh baca entry sebelum ini [BACA SINI] tentang ciri-ciri tatabahasa Jepun (terutamanya poin ketiga) yang ditulis oleh Noob Jepun.

Jom mulakan!

3 Kumpulan Kata Kerja

Apabila kita hendak menukarkan keadaan sesuatu ayat (contohnya menjadi kata pasif, kata perintah, kata negatif dan lain-lain), kita perlu menukarkan bentuk kata dasar kata kerja itu.

Okay sebagai contoh, kata kerja ‘makan’,

()べる

Cuba perhatikan bagaimana kata kerja ini bertukar mengikut keadaan sesuatu ayat;

Ayat Aktif (past tense): べる ➡ べた

(わたし)はご(はん)()べた
Saya telah makan nasi.

Ayat Pasif (past tense): べる ➡ べられた

(はん)(わたし)()べられた
Nasi itu telah dimakan oleh saya.

Dalam Bahasa Jepun, kata kerja dibahagikan kepada tiga kumpulan, berdasarkan sebutan huruf akhir bagi kata kerja itu.

Setiap kumpulan mempunyai peraturan berbeza apabila hendak menukar/menambah huruf pada kata kerja, mengikut situasi ayat.

Penukaran/penambahan ini dipanggil sebagai konjugasi (conjugation). Ia lebih kurang sama seperti ‘imbuhan’ dalam Bahasa Melayu.

Dengan adanya pembahagian tiga kumpulan, ia sedikit sebanyak memudahkan kita untuk menghafal cara menkonjugasikan kata kerja mengikut kumpulan masing-masing.

Sekarang kita tengok tiga kumpulan tersebut satu per satu. Jom!

五段動詞(ごだんどうし) (Kumpulan 1)

Kumpulan 1 adalah untuk Kata Kerja yang berakhir dengan bunyi (u) termasuk:-

Perkataan akhir Contoh Maksud


(kau)

Beli

 
(matsu)

Tunggu


 (kiru)    

Potong


(nomu)

Minum


(shinu)

Mati

さけ
(sakebu)

Panggil


(kiku)

Dengar


(nugu)

Tanggal (pakaian)

はな
 (hanasu)    

Cakap
dan banyak lagi…

一段動詞(いちだんどうし) (Kumpulan 2)

Kumpulan 2 adalah untuk Kata Kerja yang berakhir dengan bunyi (ru) atau lebih spesifik bunyi いる (iru) dan える (eru).

Perkataan AkhirContohMaksud
~いる (iru)
見る (miru)

起きる (okiru)
しん
信じる (shinjiru)

Lihat

Bangun (tidur)

Percaya
~える (eru)
食べる (taberu)

寝る (neru)

受ける (ukeru)

Makan

Tidur

Terima
Tetapi harus diingatkan, ada saja perkataan yang berakhir dengan いる atau える yang tergolong dalam kumpulan 1.

変格動詞(へんかくどうし) (Kumpulan 3)

Kumpulan 3 ialah kumpulan untuk kata kerja yang tidak teratur. Ada 2 kata kerja sahaja dalam kumpulan ini, iaitu:-

Perkataan AkhirMaksud
~ する (suru)

Contoh:
勉強(べんきょう)する (benkyou suru)
Membuat, Melakukan


(Buat) Ulang kaji

来る (kuru)

Datang

Apa peraturan yang mesti dipatuhi apabila mengubah kata kerja di atas? Nantikan nota seterusnya, saya akan ceritakan bagaimana bentuk kata kerja itu berubah apabila dalam situasi;

  • Kala Kini (present tense)
    [BACA NOTA]
  • Kata Negatif (kala kini)
    [BACA NOTA]
  • Kala Lepas (past tense)
  • Kala Lepas Negatif

dan banyak lagi! Nantikan!

Korang juga boleh layari web ini [JAPANESE VERB CONJUGATOR] untuk mendapatkan senarai penuh kata kerja berserta dengan kumpulannya!

Ganbatte ne!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *