Penggunaan です (desu) untuk Kata Adjektif

Pengenalan

Dalam Bahasa Jepun terdapat dua jenis kata adjektif iaitu kata adjektif-na dan kata adjektif-i. Boleh baca lebih lanjut tentang perbezaannya pada nota [INI]

Selain kata adjektif, です (desu) juga boleh ditambah pada kata nama. Sila baca nota ‘Penggunaan です (desu) untuk Kata Nama’ di [SINI]

Kata imbuhan です (desu) bertujuan untuk menunjukkan keberadaan/kewujudan sesuatu. です (desu) digunakan apabila kita nak sopankan ayat yang diungkapkan.

Sebenarnya です (desu) tidak mempunyai terjemahan terus dalam bahasa Melayu. Kalau dalam bahasa Inggeris, ia seperti ‘I am/they are/he is‘ dll.

Struktur Ayat

Untuk pemula (beginner), です (desu) selalunya diletakkan di akhir ayat. だ (da) pula bentuk kata kasual untuk です (desu), tetapi agak jarang digunakan di akhir ayat. Kebiasaannya ia dibuang. Saya akan cerita pasal だ (da) pada nota lain ya.

Cara Penggunaan

1. です (desu) apabila kala kini (present tense):

Kata Adjektif-na

Kala Kini (positif)です (desu)
Kala Kini (negatif)じゃないです (jyanai desu)

Kata Adjektif-i

Kala Kini (positif)です (desu)
Kala Kini (negatif)くないです (kunai desu)

Jom baca contoh dibawah,

PositifNegatif
Kata Adjektif-na彼女かのじょ
きれいです
kanojyo wa
kireidesu

Dia cantik
(She is beautiful)
彼女かのじょ
きれいじゃないです
kanojyo wa
kirei jyanaidesu

Dia tak cantik
(She is not beautiful)
Kata Adjektif-i日本語にほんごむずかしいです
nihongo wa muzukashiidesu

Bahasa Jepun adalah susah
(Japanese is hard)
日本語にほんご
むずかしくないです
nihongo wa
muzukashikunaidesu

Bahasa Jepun adalah tidak susah
(Japanese is not hard)

2. です (desu) apabila kala lepas (past tense):

Kata Adjektif-na

Kala Lepas (positif)でした (deshita)
Kala Lepas (negatif)じゃなかったです (jyanakatta desu)

Kata Adjektif-i

Kala Lepas (positif)かったです (katta desu)
Kala Lepas (negatif)なかったです (nakattadesu)

Jom baca contoh dibawah;

PositifNegatif
Kata Adjektif-naここは
しずかでした
koko wa shizuka
deshita

Di sini (dulu) sunyi
(It was quiet here)
ここは
しずかじゃなかったです
koko wa shizuka
jyanakatta desu

Di sini (dulu) tak sunyi
(It was not quiet here)
*Kata Adjektif-i去年きょねん
さむかったです
kyonen wa
samukattadesu

Tahun lepas sejuk
(Last year was cold)
去年きょねん
さむくなかったです
kyonen wa
samukunakattadesu

Tahun lepas tak sejuk
(Last year wasn’t cold)
*Peringatan:
1. Bila kata adjektif-i menjadi kala lepas, ‘i’ pada hujung perkataan jadi ‘katta’. Contoh: samui ⇒ samukatta (sejuk).
2. Bila kata adjektif-i negatif menjadi kala lepas, ‘kunai‘ pada hujung perkataan jadi ‘kunakatta’. Contoh: samukunai ⇒ samukunakatta (tak sejuk).
3. Tapi bentuk です (desu) adalah tetap kekal

Tips:

  • Kalau nak bercakap secara kasual (contohnya dengan kawan rapat), buang sahaja perkatan です (desu) di akhir ayat. Tak perlu letak だ (da) – untuk selamat. Sebab, bila letak だ (da), intonasi ayat boleh berubah seperti penekanan (emphasize). Saya akan terangkan lebih lanjut pada nota lain.
  • Jangan campurkan perkataan yang ada です (desu) dan perkataan tiada です (desu). Kalau korang nak bercakap kasual, buang terus です (desu). Jangan sekejap ada です (desu) sekejap tiada.

Jom Baca Lebih Banyak Contoh di Bawah

1. です apabila kala kini (present tense)

Bentuk positif kata adjektif-na:
Kata adjektif-na + です

(わたし)元気(げんき)です
Saya sihat

マレ(まれ)()簡単(かんたん)です
Bahasa Melayu adalah senang

日本語(にほんご)上手(じょうず)です
Bahasa Jepun (awak) bagus

Bentuk positif kata adjektif-i:
Kata adjektif-i + です

今日(きょう)(あつ)です
Hari ini adalah panas

この(くるま)(ひろ)です
Kereta ini luas

(かれ)(たか)です
Dia tinggi

Bentuk negatif kata adjektif-na:
Kata adjektif-na + じゃないです :

(わたし)有名(ゆうめい)じゃないです
Saya tidak terkenal

このスマホ(すまほ)便利(べんり)じゃないです
Telefon pintar ini tidak mudah digunakan

()()()じゃないです
Saya tidak suka kek


Bentuk negatif kata adjektif-i:
kata adjektif-i + くないです:

この部屋(へや)(せま)くないです
Bilik ini tidak sempit

このジュウス(じゅうす)(つめ)くないです
Jus ini tidak sejuk

ここは(くら)くないです
Di sini tidak gelap

2. です apabila kala lepas (past tense)

A. Kata Adjektif-na (positif kala lepas):
です ➡ でした

このシャツ(しゃつ)はが(きら)でした
(Saya) benci T-shirt ini (dulu)

昨日彼(きのうかれ)(へん)でした
Semalam dia pelik

B. Kata Adjektif-i (positif kala lepas):
です ➡ かったです

とても(たの)かったです
Ia sangat seronok

(わたし)(ふと)かったです
Saya (dulu) gemuk

この映画(えいが)面白(おもしろ)かったです
Wayang ini menarik

Nota tambahan:
Bila kata adjektif-i menjadi kala lepas, ‘i’ pada hujung perkataan jadi ‘katta’. Contoh: tanoshi
i ⇒ tanoshikatta (seronok); futoi futokatta

C. Kata Adjektif-na (negatif kala lepas):
じゃないです ➡ じゃなかったです

試験(しけん)大変(たいへん)じゃなかったです
Peperiksaan (saya) tidak susah

昨日私(きのうわたし)元気(げんき)じゃなかったです
Semalam saya tidak sihat

(かれ)心配(しんぱい)じゃなかったです
Dia tak risau

D. Kata Adjektif-i (negatif kala lepas):
くないです ➡ くなかったです

この漫画(まんが)つまらなくなかった
Wayang ini tidak bosan

(ねこ)(おも)くなかったです
Kucing ini (dulu) tidak berat

東京(とうきょう)(とお)くなかったです
Tokyo tak jauh

Itu sahaja! Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *